"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Thursday, October 23, 2014

22 Oktober 2014:Tapi Jangan Lupa....

Kadang-kadang kita takut dengan sinaran matahari..
Kerana sinaran matahari itu membawa sebuah harapan..
Seperti mana ianya tinggi menyinar..
Seperti itulah tinggi nya harapan kita..
Sehingga kita takut sinaran itu berlalu pergi membawa sebuah harapan tadi..
Tapi siapalah kita untuk menghalang matahari dari terus menyinar..
Sekuat manalah kita untuk terus berhenti berharap..
Bukan mudah..Bukan senang..
Kerana apa..
Kerana matahari akan tetap muncul..
Kerana itulah lumrah alam semesta...
Seperti itulah harapan kita..
Kerana itulah lumrah hati jika inginkan sesuatu..

Kadang-kadang kita takut dengan masa yang berjalan..
Kerana masa yang berjalan itu akan tiba pada detik yang paling kita takuti...
Semakin kita cuba lari..
Semakin ia datang mendekati..
Siapa kita untuk menghentikan masa..
Sedangkan kita sendiri yang memilih detik itu..
Masa akan tetap berjalan saat demi saat..
minit demi minit..
jam berganti jam..
hari berganti hari..
dan seterusnya..

Tapi jangan lupa..

Yang membuat kita kuat adalah DOA..
Yang membuat kita dewasa adalah MASALAH,
Yang membuat kita berjaya adalah USAHA KERAS,
Yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA,
Yang membuat kita semangat adalah HARAPAN DAN IMPIAN.
 
 "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzalimi.."

#latahzan #usahadoatawakal #sambiltengokKLCC #allahrindusuarasaya #deep #sskscksrktkbttssss

Friday, October 17, 2014

Untuk Dia: Malaikat-Hazama

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

   (aku tak pernah tinggalkan dia walau sesaat)

Ini saja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu


[*] Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Ku tiada
Ku cintanya sungguh sungguh


Repeat [*]
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Thursday, October 16, 2014

Andai Kamu Tahu..

Andai kamu baca setiap nukilanku untukmu di blog ini..
Dari dahulu sehingga sekarang..
Pasti kamu tahu betapa diriku terlalu menghargai kehadiranmu.
Pasti kamu tahu betapa bersyukurnya aku atas kehadiranmu dalam hidupku..
Pasti kamu tahu betapa aku menyintai dan menyayangimu..
Pasti kamu tahu betapa aku menjaga hubungan antara kamu dan aku..
Pasti kamu tahu betapa tingginya harapanku untukmu..
Walau aku tak pernah mengatakannya..
Namun aku percaya, allah akan detikkan di hatimu apa yang ada di sudut hatiku.. 
Andai bukan pada hari yang lepas,mungkin hari ini,mungkin esok..lusa..atau seterusnya..
Cukuplah walau sedetik cuma... (T_______T)



Coretan Sang Putera Lipas~

Sang Putera Lipas menulis pd 23 Julai 2010:

".....Untuk dirungkai dan diucapkan memang begitu sukar..
Lebih-lebih lagi apabila hati tanpa kepastian dan tidak yakin..
Ditambah pula dengan badai yang selalu memukul hati..
Memberontak mengatakan sesuatu..
Menguatkan rasa untuk memiliki dan juga menjauhkan apabila tidak dapat mencari jawapan..
Itulah hidup yang penuh dengan warna-warna kehidupan..
Seperti mana pelangi..
Sekejap-sekejap sahaja dapat pandang pelangi..
Bila aku ajukan soalan..
Kau menjawab apa yang aku rasa..
Itulah yang aku cuba terangkan pada kau..
Mungkin salah aku menunjukkan macam ini..
Sekurang-kurangnya kau faham..
Aku mentari tapi tak menghangatkanmu.."


****Andai hati tidak pasti..andai hati tidak yakin..andai hati memberontak..andai hati mengatakan ingin memiliki..Janganlah menjauhkan andai masih tidak dapat mencari jawapan.Letak la tangan pada dada..Rasa lah degup jantung..Jantungmu dan jantungnya..Pejamkanlah mata..Bayangkanlah segala kenangan indah bersama..Bayangkanlah setiap kegembiraan yang dilalui..Bayangkanlah setiap detik bersama yang membuatkan diri mengukirkan senyuman.Andai masih terasa kebahagiaan itu..Senyumlah..Bukalah mata..Jawapannya sudah ada..Maka tetapkanlah hati untuk terus memiliki sepenuhnya..Carilah dia..Pergilah pada dia..Katakanlah pada dia..agar dia tidak hilang seperti pelangi..Ingatlah..kegembiraan akan dapat dirasa dengan hati yang ikhlas memaafi..Kelukaan hanya dapat dirasa dengan hati yang tidak boleh memaafkan...
Janganlah menjauhi tapi datanglah mendekati..
Itulah dia keyakinan diri..****

Menyayangi seseorang itu tiada batasnya..
Sebanyak udara dan buih di lautan..
Yang tak mampu dikira oleh akal..

Tuesday, October 14, 2014

Bila hati mula berbicara~

Inilah ujian terbesar bagi aku..
Dah tak terluah dgn kata-kata..
Dah tak terbendung dgn perasaan..
Secara fizikal dan mental,aku sudah penat..
Tapi kenapa hati masih mahu aku meneruskan..
Entahlah..aku akan mencuba semampu yg boleh..
Berusaha selagi ada daya..
Meneruskan selagi masih tidak berputus asa...

Tapi..
Bila mana satu detik nanti..
Hati aku mula penat..
Mula berputus asa..
Mula tawar..
Di kala itu..
Aku akan berhenti dari berusaha lagi..
Dan di waktu itu tiada siapa boleh membangkitkan semangat aku lagi..
Dan aku akan kekal dgn keputusan aku..

Kerana apa?
Kerana aku juga punya hati dan perasaan..
Yang tahu apa itu penat..
Yang tahu apa itu putus asa..
Cukuplah dgn apa yg aku dah lakukan..Cukuplah dgn apa yg aku dah usahakan..
Aku juga ada hati dan perasaan..
Yang perlu dihargai walau sedetik cuma..
Aku tak minta banyak,cukuplah walau sebesar kuman..

Hati ini tak pernah berasa benci..
Hati ini tak pernah berasa marah..
Malah hati ini kekal perasaannya macam dulu..

Andai kamu tahu betapa bersungguh-sungguhnya aku selama ini..
Andai kamu tahu betapa aku ikhlas melakukannya untuk kamu..
Andai kamu tahu apa yg ada dalam hati ini untuk kamu..
Dan sejujurnya aku nak kamu tahu itu semua..

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah kami untuk mengharungi ujianMu ini,
Tetapkan lah hati kami antara satu sama lain,
Kekalkan perasaan kami seperti sebelum ini,
Lembutkan hati kami dalam perkara ini,
Berikanlah kami kekuatan,keberanian,keyakinan dan petunjuk dalam mempertahankan hubungan ini..
Kami menyerahkan semuanya kepadaMu,
Semoga ada jalan yg diberikan untuk kami dariMu..
Sesungguhnya, niat kami baik dan keranaMu, Ya Allah..
Aaminn...


Thursday, October 9, 2014

Bertanggungjawab vs tahujawab

Bila ada seorang manusia cakap dekat korang..

"Ye, saya yang bertanggungjawab atas semua yang terjadi.."

Dan orang itu lantas berlalu pergi dan mendiamkan diri..
Adakah korang rasa dia tahu apa itu "bertanggungjawab"?
Dia tahu tak yang "bertanggungjawab" itu merujuk kepada perbuatan yang dia patut atau akan buat?
Atau dia ingat yang "bertanggungjawab" itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut???
Kalau dia rasa "bertanggungjawab" itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut tanpa ada usaha/tindakan apa-apa, dia patut tukar kan "bertanggungjawab" itu kepada "tahu jawab"..

---------"Ye,saya yang "tahu jawab" atas semua yang terjadi.."

Wahai manusia itu..
Andai kamu baca apa saya tulis..
Sedarlah bahawa kamu sebenarnya masih tidak tahu apa itu "bertanggungjawab"..
Selagi kamu tidak tahu apa itu erti "bertanggungjawab" dan hanya "tahu jawab", maka selamanya lah kamu akan melukai hati orang..
Saya bukan nak membangkitkan kemarahan kamu..
Tapi saya nak kamu sedar bahawa tidak ada apa yang akan selesai jika hanya mulut yang berbicara & jika hanya kamu terus berdiam diri..
Ye..orang yang kamu lukai itu juga mempunyai kesalahan dia sendiri..
Tapi dia "bertanggungjawab" atas kesalahan dia..
Dan kamu sendiri nampak apa usaha yang dia dah buat..
Itulah "bertanggungjawab"
Tapi kamu??
Tepuk dada tanya hati..pertimbangkan dengan akal yang waras..
Ingat,hati selalu akan dikuasai syaitan..
Perlu ada akal yang waras dan matang untuk membantu hati...

 
 
 


Wednesday, October 1, 2014

Moga Kebahagiaan itu Milik Ku

Hati sedikit terusik bila melihat kegembiraan kawan-kawan..
Bila mendengar setiap berita gembira dari mereka..
Ya..aku akui sedikit cemburu..
Tapi itu lah bahagian mereka..
Aku tetap gembira dengan kebahagiaan mereka..
Menumpang sedikit kegembiraan..
Dan hari ini bahagian ku adalah seperti yg aku lalui sekarang..
Walaupun senyuman terukir di bibir..
Walaupun kata-kata penuh yakin..
Walaupun langkah penuh teratur..
Namun..
Di dalam hati ini..
Hanya Allah yang tahu..

Dan semoga satu hari nanti..
Kebahagiaan itu milik aku juga..
Allahu..Allahu..Allahu..
Sabarlah wahai hati..
Kuatlah wahai hati..
Moga satu hari ada kemanisan di sebalik semua ini..