"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Friday, February 27, 2015

At your worst, Allah Will Gives His Best If..



Di kala hati sedang cuba untuk redha dengan segala ujian dari Allah.Tuhan,inilah jihadku.Di kala aku jatuh dan terluka,aku perlu bangkit semula dengan membina semula apa yang telah hancur dan teruskan kehidupan dengan penuh kekuatan dan ketabahan.Belajar erti redha dan menerima.Belajar untuk tersenyum semula.Belajar untuk mencari sinar-sinar bahagia.Belajar untuk melupakan kesakitan dan kepahitan.Tuhan,bila mana aku jatuh disebabkan manusia,aku perlu bangkit keranaMu.
 
"Hasbunallah wa nikmal wakil,nikmal maula,wa nikman nasir"-Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung (Ali Imran:173)

Menunggu akan hadirnya pelangi ciptaan Allah yang terindah selepas hadirnya guruh dan hujan.Janji Allah itu pasti.Tetapkan hatiku untuk meletakkan kan-Mu sebagai yang teratas dalam hidup ku.

Wednesday, February 25, 2015

Jatuh itu sakit~

Terkadang.
Jatuh tu tak sakit.

Yang sakitnya, bila nak bangun.
Dan terkadang....
Luka tu takda masa jatuh.
Tapi luka tu ada bila nak bangun.

Lelah mana pun kau nak bangun. Jangan pernah kalah.
Kerana.
Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kau dah kukuh berdiri.


Tuesday, February 17, 2015

Yang Allah tunggu-tunggu itu adalah taubat kita.


Yang singkat itu waktu,
Yang menipu itu dunia,
Yang dekat itu maut,
Yang besar itu hawa nafsu,
Yang sulit itu ikhlas,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang sukar itu sabar,
Yang sering lupa itu syukur,
Yang payah itu redha,
Dan.. 
Yang Allah tunggu-tunggu itu adalah taubat kita.