"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Wednesday, June 29, 2011

Picto EditiNg


Finally berjaya gak mengedit pic walaupon malas..heeeee..(^____^)

Thursday, June 23, 2011

Cantik Dan Indah

"..Lumrah manusia yg sentiasa menyukai sesuatu yg cantik dan indah..yg cantik dan indah itulah yg sentiasa menjadi perhatian..yg sebaliknya,dilayan biasa biasa saje..lalalalalala..tp sebetulnya,semua ciptaan Allah adalah cantik dan indah.Gunakan semua pancaindera utk mencari kecantikan dan keindahan ciptaanNYA...::senyum x perlu kata apa2::.."

Friday, June 17, 2011

Cik Abie & En Boy

Yeaahhhhh...

Happy Becoming Annivessary My Princess wit Her Boyfie...
18th June 2011

4 Years they being together as happy and lovely couple..
Cik Abie and En Boy..Wish both of you happy and have a good relationship forever. Im waiting your invitation card babe..hukhuk..


Bingkisan Hati

"kalau nak hidup senang,haruslah bermula dari bawah..baeklah, aku bukan sahaja bermula dari bawah tapi pada ketika ini aku bermula dari kosong..zero.."

itulah kenyataan..hidup dan nasib manusia berbeza..rezeki dan jalan hidup yg akan dilalui juga berbeza..Semakin kita dewasa semakin besar tanggungjawab dan beban yg harus kita pikul.Terlalu banyak,terlalu pahit,terlalu sakit untuk dihadapi. Dan dari situ kita mula sedar betapa susahnya untuk hidup di bumi Allah ini.Betapa susah nya untuk menghadapi dugaan yg di datangkan oleh Nya.Betapa susahnya untuk menguatkan iman untuk menerima dan menghadapi semua ini. Itulah kenyataan.Terkadang, ada masa kita hampir putus asa untuk terus mencuba. Dan aku juga begitu.Bila aku melihat kiri,kanan.depan dan belakang,aku mula yakin yang bukan senang untuk hidup senang dan bukan susah untuk hidup susah. Semuanya harus bermula dari bawah,merangkak pelahan ke peringkat yang seterusnya sehinggalah ke peringkat tertinggi,Dan aku juga harus bermula dari bawah namun pada ketika ini aku sudah pun bermula tapi bukan dari bawah malah dari kosong.Setiap hari aku mula membilang hari untuk sampai ke tahap yg memuaskan,namun semakin aku membilang hari semakin lama aku rasakan sehingga ke satu tahap aku rasa aku tak akan sampai ke tahap yang sepatutnya.

Entahlaa..hanya itu kata kata yang dapat aku keluarkan.Mana silap nya aku pon tak tahu..Adakah aku tak berusaha untuk ke tahap yg lebih bagus??Tak mungkin..Aku dah berusaha dan aku sudah hampir penat untuk berusaha..Bila aku melihat orang lain,aku mula cemburu dengan mereka.Kenapa senang untuk mereka berjaya,mendapat kerja yang bagus,hidup senang dan bahagia?Aku cemburu dengan mereka.Aku juga malu dengan mereka.Aku masih disini..di tahap yang jauh lebih bawah dari mereka.Dan sampai satu ketika,aku berkata pada diri sendiri..tak guna belajar tinggi tinggi,tak guna mendapat keputusan yg baik kalau terpaksa bermula dari zero balik.Mereka yang tak belajar tinggi pun dapat hidup yang lebih baik dari aku..Sampai begitu sekali fikiran aku..Tapi aku tau,tidak baik berkata begitu kerana ini semua dugaan dari Allah.Tapi aku hanya manusia biasa,terkadang tidak dapat mengawal emosi dan tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapinya.

Penat..penat..penat..penat...tak ada kata terbaik untuk dilafazkan lagi..Tapi aku tahu dan aku masih lagi mempunyai akal dan fikiran yang waras.Aku tidak boleh untuk terus mengalah dan berputus asa..Jika aku mengalah maka akan aku terus berada di tahap kosong..Sekurang-kurangnya jika aku terus mencuba walaupun penat,aku tahu yang aku akan bergerak dari tahap kosong ke tahap yang lebih baik walaupun mengambil masa yang lama.Kerana aku tau Allah sentiasa menolong umatnya yang berusaha dan aku percaya aku boleh menghadapi semua cabaran dan dugaan dariNya kerana Allah tidak akan mendatangkan cabaran dan dugaan kepada di luar kemampuan umatNya. Lebih dari itu,aku percaya rezeki manusia berlainan. Jika sesuatu itu rezeki kita maka dia tetap akan menjadi milik kita.Namun jika rezeki itu bukan milik kita,sejauh mana kita mencuba pun rezeki itu tetap bukan milik kita.Kerana itu semua pemberian dan ketentuan dari Allah.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.Dan kita yang masih gagal untuk mendapat kan apa yang kita inginkan,yang masih sedaya upaya menghadapi cabaran dan dugaan dariNya,hendaklah sentiasa berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah.Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Semakin banyak Dia datangkan ujian,semakin banyak la yang Dia mahukan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Xpela..biarla kita bermula dari kosong..bermula dari bawah..sekurang-kurangnya kite berpeluang merasa susahnya hidup berada di bawah..berpeluang untuk merasa susah payah nya utk berada di satu tempat yang tinggi..berpeluang untuk mengambil sebanyak mana pengalaman yang ada..berpeluang untuk mengenal erti berusaha..berpeluang untuk belajar banyak benda, dan setidak tidak nya,bila satu hari nanti kita berpeluang berada di atas, berpeluang merasa hidup senang, kita tidak akan lupa asal usul kita,kita tidak akan memandang rendah pada mereka yg berada di bawah dan kita akan merasa bertanggungjawab untuk membantu dan memberi peluang kepada mereka di bawah untuk mendaki ke puncak yang atas. Yang paling penting kita tahu untuk bersyukur atas pemberianNya. Itulah bezanya pada mereka yang bermula dari kosong dan bawah dengan mereka yang telah sedia berada di atas..

.::Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat umatNya.Mungkin masa nya bukan sekarang tapi percayalah masa itu akan tiba..Allah tidak pernah menghampakan umatNya yang sentiasa berusaha dan yang sentiasa mengakui kewujudanNya...::.


Sunday, June 12, 2011

abes sudah..hukhuk

Ari ni abes sudah final exam tuk sem 3 ni..Alamakkk..sem ni agak susah skit final nye especially Credit Loan and Syndication..berpeluh jwb nye..Cuma mengharapkan yg terbaik tuk result nnt..tak berani nak letak ape2 harapan..hmmm..So dengan abes nye sem ni maka tinggal lg 2 sem utk ditempuh..pd awalnya bajet abes bukan mac tp tup tup dgr cite seluruh ipta kene start new sem pd bulan September ni..maknanya sah2 la aku nye study akan dipanjang kan sampai bulan Jun..adeiii..dh lari timing ni..tp xpelah..still dapat konvo bulan 10 nnt..Insyaallah:)

So now 3 bulan xde class on wekend nk wat pe yea..mmmmm...lets get planning!!

IM BACK!!!!!

(^_______^)