"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Friday, December 23, 2016

Akak datang balik!!! Review 2016!!

Assalammualaikum..
Selamat Pagi..

Hurmmmm..jap akak nak lap sawang-sawang kat blog ni.huhhh..lama betul tak update kan.huahhhh.Actually sentiasa je ada niat nak update tapi masa tidak mengizinkan.Banyak benda nak share tapi bila bertangguh-tangguh makanya haaaaa bersawang lah blog akak ni.hihihi.Maap kan akak ye.

Well..sedar tak sedar we are now counting days for 2017.How fast time flies right? So, how your 2016??Akak harap semua nya menarik dan ok.Hurmm..walaupun mungkin ada yang tak ok,tapi akak rasa sure korang boleh handle kan.Sebab apa akak yakin kata korang boleh handle? Sebab sebelum Allah datangkan ujian,cabaran dan masalah, Dia sudah sediakan penyelesaiannya.. *senyum*.

Okeyh..akak nak start bebel nih..kikiki.post kali ni memang agak panjang jugak la sebab dah lama kan tak menulis.Sekali akak dah tekan keyboard ni,memang idea datang mencurah-curah lah.heeeee..
Alhamdulillah..2016 akak berjalan dengan baik,gembira,banyak perkara-perkara baru,orang baru (eh??? jeng jeng jeng). Even sometimes ada masa-masa sukar, tapi alhamdulillah semuanya dapat dihadapi dengan baik. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan akak kekuatan demi kekuatan untuk terus bangkit dari setiap kekecewaan dan kejatuhan. Betul kata Allah, bila kita redha dengan setiap yang terjadi,maka Allah akan datangkan lebih banyak kebaikan dan kegembiraan dalam hidup kita.Betul, bila kita redha kita akan mula nampak setiap hikmah di sebalik yang telah berlaku.Dan betul, Allah tak kan datang kan ujian seandainya kita tidak mampu untuk hadapinya. Akak sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Allah hadirkan di sekeliling akak orang-orang yang banyak memberi kata-kata semangat,nasihat dan sentiasa yang memberi sokongan pada akak.Siapa? Semestinya keluarga akak,keluarga besar akak,sahabat-sahabat rapat akak dan juga kawan-kawan biasa yang banyak memahami keadaan akak.Alhamdulillah dan terima kasih.. *senyum manis-manis*.

Pegang kata-kata akak ni...,

"....Bila kita jatuh,cepat-cepat bangun.Bangun,berlari dan terus terbang tinggi.Bila sekali kita dah mencecah awan,jangan lupa tunduk ke bumi.Agar kita tahu di mana asal kita..."

Kata-kata dari seorang senior akak yang sangat bermakna.Thanks my big bro :)
Betul.Bila kita kecewa atau gagal dalam sesuatu, cepat-cepat kita bangkit dari setiap kekecewaan dan kegagalan.Sebab kita akan sedar semakin lama kita berada dalam kekecewaan dan kegagalan itu semakin banyak masa yang kita buangkan untuk kebahagiaan dan kejayaan.Kenapa perlu terus kecewa dan gagal jika sebenarnya kita lebih layak untuk mencapai bahagia dan berjaya? Kenapa nak biarkan orang lain terus bergembira atas kejatuhan kita? Kenapa nak terus bodohkan diri? Jadi bangun..dan bangkit.Jadikan setiap kekecewaan dan kegagalan tu sebagai salah satu momentum untuk korang terus bahagia dan berjaya.Jadi kan itu semua sebagai pengajaran dan kekuatan korang untuk terus bangkit dan buktikan yang korang juga berhak untuk bahagia dan berjaya.Ingat..korang sendiri yang tentukan kebahagiaan dan kejayaan korang.If you choose to be happy,go for it and otherwise. *cewahhh..bersemangat akak nihhh*

So..apa yang akak buat untuk bangkit dari kekecewaan dan kegagalan akak?? Nahhhhh..akak sibukkan diri akak dengan apa shj yang boleh akak sibukkan.hahaha..eh..bukan busy body nahhh..ni macam sibukkan dgn aktiviti harian la..kikikiki..Akak sibukkan diri dengan kembangkan biz akak.Jual kerepek akak sini sana.huhuhu..Akak start join hiking, join running, start pergi bercuti sana sini dengan kawan-kawan dengan family.And you know what?? Ianya tersangatlah membahagiakan.Aktiviti yang tak pernah akak buat selama ni dan akak dapat peluang untuk buat.Alhamdulillah..The feelling tu,Allah je yang tahu..Lebih tenang, lebih happy, lebih banyak memberi pengajaran yang pelbagai dalam diri korang dan yang paling penting ikatan kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin.. *senyum*.
Honestly, akak decide ke Gunung Kinabalu Mei 2015 sebab frust..hahahaha..Tetiba hari ni rasa tersangat lah kurang cerdik frust cenggitu dulu,Hadoiii Shimaaaaa,,Betul kata orang,dah lama-lama memang terasa bodoh bila frust bercinta nih.hahaha..Oh pleaseee,Tak mo ingat dah.Hahaha..Okeyh berbalik la pasal cam ne leh terjebak dengan hiking ni kan..Haaa..cenggitu la..frust punya pasal,terus register nak naik Gunung Kinabalu dengan group yang kita tak kenal.Nasib baik ada kenal kawan punya kawan nih.Ajak join sekali.kikiki.Orang tak pernah-pernah naik gunung,tetiba nak naik Gunung Kinabalu terus,,haaaa gila ke idokkk,,Training pun tak pernah.Punya lah hebat kuasa frust bercinta.hahaha..Kira main langgar je nih..Semua orang macam,tak apelah Shima,pergi je,hahaha,Tapi tu la nasib tak baik,dua jam sebelum naik,gempa la pulakk..Aduhhhh..gempa jugak hati nih tak dapat naik.huaaaaaa.But then, since that, akak mula kenal dengan group hiking ni, sedar tak sedar mula rapat dan join mereka hiking.Huhuhu,And yahhh..akak dapat kawan-kawan baru dan sampai sekarang rapat like small happy family.Alhamdulillah..Hiking sini sana beramai-ramai,bersama-sama..Tak banyak gunung/bukit pun dah naik,baru naik Gunung Datuk,Angsi,Irau,Nuang,Kinabalu (yeahhh..we repeat April this year..),Broga,Bukit Tabur,Bukit Saga,Bukit Batu Putih and coming soon planning in Mei2017, Gunung Rinjani.Hope semuanya berjalan lancar.Insyaallah.
Nahh..akak belanja la gambo sikit time naik Kinabalu..Abaikan lah muka akak yang sememeh tu..hahaha..


Kenapa akak pilih hiking? Sebab hiking tu susah sebenarnya.Perjalanannya sangat memenatkan dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.But then,bila dah sampai puncak,kepuasan itu yang sangat berharga.Hilang segala penat lelah time nak hiking tadi bila kita dh berada on the top of mountain melihat view yang subhanaallah cantik.Bahagia dan kagum dengan bumi Allah. Then, bila dalam hiking ni sepanjang perjalanan tu kadang-kadang memberi akak peluang dan ruang untuk berfikir dan bermuhasabah diri.Setiap kaki yang melangkah pasti ada benda yang berlegar di fikiran seiring dengan langkah kaki.huhuhu..

Selain hiking, akak start join running..Sama juga, untuk kepuasan diri disamping mengamalkan budaya hidup sihat dan training ke Rinjani. Dan untuk kurussss!..hahahaa..wehhhh dah semakin meningkat umur ni,semakin susah nauuuu nak kurus.Tapi tu la..akak redha jeee..Dato' CT tu tak kurus pun cantik je.Konfiden jeeee.Maka akak pun nak jadi lah macam dia.hahaha..*pasrah*.Nahhh..akak belanja gambo lari pulak..Hehehe.
Lepas tu akak pun start suka berjalan sini sana.Actually dulu tak berapa suka sangat tapi sekarang ok la,Tapi akak pergi tempat yang murah-murah je.Dalam negeri je.Save budget lah sikit.Dalam Malaysia pon still banyak tempat cantik kan.kikiki.Nak nak dapat kawan kaki travel,memang laju lahhh..kikiki..And coming soon, Feb17, Insyaallah ke Krabi..kikiki..Rasanya tahun depan kena slow sikit,sebab nak simpan duit utk plan lain.Hahhh..plan ape pulakkk??? Tunggu je laaaaaaaaaaaaa...tettttt!



So..nampakkan.Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.Bila kita redha,Allah akan datangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Akak dapat lebih banyak pengalaman baru,kawan-kawan baru dan hubungan antara kawan-kawan dan keluarga yang semakin rapat.Benda yang tak pernah akak terfikir untuk buat, akak diberikan peluang untuk buat.Jadi,ambil setiap apa yang berlaku itu sebagai satu yang positif.Insyaallah kita akan lebih happy.
Ouh ya..lupaaa..Alhamdulillah juga, tahun ni biz akak diberi peluang untuk masuk MAHA2016.Bukan perkara yang mudah dan tersangatlah memenatkan tetapi ianya dijadikan satu platform untuk memperkenalkan lagi produk akak,untuk menambahkan lagi networking dalam biz,menambah ilmu dan pengalaman selain daripada mencari keuntungan.. *senyum lagi*..

Hubungan?Macam ni lah, akak berkawan dengan semua orang yang ingin berkawan dengan akak.Dalam berkawan itu, adalah satu masa untuk menilai diri setiap orang yang kita kenal dan mencari keserasian. Bila mana kita ikhlas dan jujur dalam berkawan itu,Insyaallah Allah akan datang kan yang ikhlas dan jujur juga untuk berkawan dengan kita.Bila kedua-duanya ikhlas dan jujur, kedua-duanya juga akan merasa perasaan yang sama.Hati yang pernah kecewa bukan senang untuk dibentuk menjadi seperti sedia kala.Tapi tak bermakna kita tak mencuba untuk memberi ruang dan peluang untuk hati lain singgah ke hati kita.Bila kita selalu minta Allah jagakan hati kita dan buka kan untuk orang yang benar-benar ikhlas,jujur dan yang sebaiknya untuk kita, maka Allah akan buka kan hati kita untuk orang itu tanpa kita sedar.Serah kan semuanya kepada Allah sebab Allah yang pegang hati kita dan hati dia.Dan dia juga yang meggerakkan kedua-dua hati untuk merasa perasaan yang sama.Walaupun tanpa kita luahkan,tetapi bila Allah dah detikkan perasaan itu di dalam kedua-dua hati,maka kita juga dapat merasakkannya.Kita bukan muda lagi untuk bercinta seperti dulu kala.Pengalaman banyak mengajar akak dalam perhubungan yang lebih matang.Perhubungan yang tidak perlu diberitahu dengan siapa dan bagaimana orangnya.Perhubungan yang tidak selalu diungkapkan ayat-ayat manis dan janji-janji manis like candy crush.Insyaallah, doa yang tak pernah putus dari hati akak, seandainya dia adalah jodoh yang Allah tetapkan, maka Allah permudahkanlah setiap urusan untuk ke fasa seterusnya.Seandainya dia bukan orangnya,maka Allah jauhkanlah hati akak untuknya.Errrrr...buat masa ni,hati akak makin lama makin dekat dengan dia.Tettttttttttttttt..hahahahaha.. *blushing*.Aduhhh..tak pernah cakap gini ngan dia.hahah.Kalau dia baca ni,segan akak.Tolong la buat-buat tak baca..ekekeke.Akak tidak lihat pada rupa,tidak lihat pada kerja,tidak lihat pada harta,yang akak lihat pada hatinya,pada akal pemikirannya,pada budi pekertinya,pada rasa tanggungjawabnya,pada agamanya,pada imannya,pada kematangannya dan pada sejauh mana dia boleh menerima akak seadanya,baik buruk akak,akhlak akak dan juga sejauh mana dia boleh mengawal dan membimbing akak ke arah lebih baik.Akak tidak minta yang terbaik,tapi akak tahu setiap manusia sentiasa boleh memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.Termasuk juga akak.Pendirian akak dari dulu sampai kini tak pernah berubah..Akak percaya dan yakin setiap orang boleh berjaya,boleh menjadi yang lebih baik selagi mana seseorang itu berkeinginan dan berusaha ke arah itu.

"...Saya bukan yang terbaik tapi saya belajar untuk menjadi yang baik di kalangan yang baik untuk dapatkan yang baik..."

Doa kan yang baik-baik okeyh..*senyum sambil kuis-kuis kaki* 
#EncikSengal



Tetibeeeeeeeeeeeee lagu ni pulakkk keluar..aduhhhhh..very deep nih..hahaha..Okeyh..Jangan bilang tidak yeeee..hahaha..Cuba buka hati tu,baru tau.Sekarang dah tau kannn.. *cakap kat diri sendiri*


Huhhhh..panjang juga akak bebel hari ni.kikiki.Maklum lah bertahun punya cerita nak dikumpulkan dalam satu post.Memang jadi gini la.hahaha..
Hurmmm.well..last untuk post ni..apa yang akak nak cakap, benda yang dah jadi dah pun jadi.Tak kan ada apa yang boleh berubah.Jangan biarkan diri kita terus berada dalam keadaan yang tidak gembira.Jadikan semua yang terjadi tu pengajaran buat diri sendiri.Dan juga sebagai pemangkin untuk kita lebih kuat.Memang bukan senang untuk redha dan terima tetapi sekurang-kurangnya berusaha belajar untuk redha,belajar untuk terima, belajar untuk cari setiap ruang dan ruang untuk kita bangun balik. Allah itu sentiasa ada untuk membantu kita.Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik.Siapa kita untuk meletakkan tanda soal bila Allah dah letak tanda noktah.
Berhenti menyalahkan takdir.Berhenti menyalahkan orang lain sahaja.Mungkin apa yang terjadi, merupakan teguran Allah untuk kita.Cari juga apa salah diri kita dan perbaiki.Allah hanya jentik sedikit.Bila Allah tarik satu kebahagiaan kita, percayalah dia akan beri lebih banyak kebahagiaan.Sabar itu kunci utama.Sabar itu pahit tapi hasilnya manis.

Okeyhlah.penatttttttttt type..hahaha..Kita jumpa next post ye.