"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Wednesday, August 19, 2015

Countless Du'a


What past is past. Learn from it. Begin again. This time always pray Allah shows you better way.
 
Jangan terlalu mengenang, sebab tu tak nampak hikmah di masa hadapan. Lupakan apa yang dah terlepas, lepaskan apa yang dah tak boleh diubah.
Tak payah nak mengenang apa-apa yang dah terlepas tu. Nanti hati takkan timbul rasa bersyukur dan rasa redha. Apa yang perlu kita buat adalah berdoa, agar di masa hadapan, DIA berikan yang lebih baik dari apa yang dah terlepas.

If you redha enough, you'll come to see that Allah always give you what you need, not what you want. 
 
InshaAllah.
 
 



credit to: sederhanaindah (Aku Islam page)
 
 

Tuesday, August 4, 2015

Tak Mungkin Kerana Sayang

Assalammualaikum..*sambil lap sawang-sawang kat blog nih.
Dah lama tak menulis kat sini kan.Terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian.Aktiviti harian yg dicari untuk menyibukkan diri sebenarnya (faham tak? kikiki)..Bila dah lama tak menulis,makanya terlalu banyak la benda yg tak dicerita. Dari kisah Gunung Kinabalu sampai la kisah di hari raya..huhu..tak ape..nanti shima update sikit-sikit eh. :)

Well..life must go on kan??? Yang penting kita tahu macam mana nak corakkan perjalanan hidup kita.Kalau kita tengah bersedih kecewa, carilah sesuatu yang boleh buat kita gembira dan move on.Jangan cakap tak boleh kalau kita tak cuba kan.Kalau kita tengah gembira pulak,berkongsilah kegembiraan tu dgn orang sekeliling kita.Mudah-mudahan kita lagi gembira. Tipulah kalau sesekali kita tak teringat pada benda yang dah lepas.Mana mungkin kita dapat buang kenangan yang pernah ada dgn kita kan.Kadang-kadang ada sahaja benda yang mengingatkan kita tentang sesuatu.Tapi tak ape lah..Cuba la utk kawal emosi kita.Haaa pernah dengar lagu Alyah tak??

Tak Mungkin Kerana Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Ouh..pembetulan..Yang hilang tak berganti lagi sebenarnya..hahaha..Ok lah..nak balik kerja dah ni. Hari ni last day puasa enam.Alhamdulillah..abes jugak akhirnya.Nak buka dengan mama dekat rumah.Jumpa next entry ya:)