"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Monday, February 4, 2013

Tempat Makan Feveret Ku : Restoran Nuri Seafood Kampung Baru

Hye semuaaaa...okeyh today nak update pasal tempat feveret ku kalau tekak teringin nak makan makanan goreng2, sup2, tomyam dan yang berkenaan dengan nye.Memang best kalau makan dekat sini especially segala jenis tomyam (seafood, ayam, campur, bihun, kuey teow, dll), mee celop / bihun celop, dan ikan tiga rasa. Yang lain pun sedap tapi yg ku sebut ni adelah makanan feveret ku maka memang itu la yg ku tulis.huhuhu...
 
Restoran yg dimaksudkan adalahhhhh...jeng jeng jeng....

Haaaa...tu dia..Restoran Nuri Seafood (credit to OpenRice.com for the pic)..Restoran ni terletak di Kampung Baru. Kalau sesape pernah pergi Bazaar Ramadhan Kg Baru, restoran ni dekat situ je..tapi ingat bukan bazaar Ramadhan yg dekat LRT tu tau.
 
Bukan nak kate ape, kat sini memang sedap dan harga pun berpatutan. Tomyam die memang superb giler dan pekat.Kalau aku nak tau tomyam tu sedap ke tak, mesti aku tengok kepekatan tomyam tu.Kalau kepekatan tomyam tu melekat kat mangkuk, memang sedap. Dan ternyata sini memang pekat, terasa tomyam die..warna tomyam die, oren pekat..perghhh..
 
Sape pernah makan mee / bihun celop???? Kat sini pon sedap jugak mee/bihun celop die..isinye pon banyak.Ade sayur kangkung, fishball bakso tu, tauge, daging dll..letak pulak dengan kacang tanah dan serbuk cili kering.Dapat dekat aku,memang banyak la aku letak serbuk cili tu.Lepas tu bibir pun besar,tebal dan merah..hoho..
 
Makanan lain2 dekat sini pun sedap..Antaranya, ikan tiga rasa, ayam rosdet, sup, udang celup tepung, nasi goreng pelbagai jenis, sayur kailan ikan masin dan byk lagi. Aku pun tak habis cuba lagi semua makanan dekat sini..Ouh!! terlupa..kerang bakar die!!! murah dan banyak berbanding kedai lain..Cicah die pun boleh tahan..
 
So..sesiapa rasa yg nak mencuba tempat baru boleh ke sini ye..Aku yg dah cube sekali, memang x nak tukar restoran lain dah.Memang ade pergi restoran lain, tapi bila dah rasa tomyam dan makanan mereka, serta merta aku cakap..
 
"Tak boleh lawan Nuri laa..Nyesal tak g Nuri"..hukhuk..

Selamat Mencuba dan Menjamu selera!
 
Sorry, pic makanan tak ade.sebab x sempat amek pic dah bedal itu makanan..ohoiii!




1 comment:

Anonymous said...

tapi sekarang nuri dah tukar org..xtau diorg pindah kt mane...huhuhu..