"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Monday, September 29, 2014

Coretan dari Ku untuk Dia..

Kadang-kadang aku menangis bukan sebab sedih..
Tapi terlalu penat untuk mengharungi apa yang terjadi seorang diri..
Dari mula-mula sehingga lah ke hari ini..
Puas sudah berusaha seorang diri..
Kenapa harus seorang diri??
Sedangkan sebelum ini semuanya dilakukan bersama?
Kenapa ketika ujian yang datang ini,hanya aku sahaja yang berada di depan..
Menggalas semuanya..menghadapi semuanya..melakukan semuanya seorang diri..
Kenapa ketika ini hanya aku yang dibebankan..
Dan ditinggalkan untuk menghadapi semuanya..
Sedangkan ini adalah ujian bersama..
Aku sudah terlalu penat..
Letih..
Dan habis daya..
Tapi hati dan semangat ku tidak pernah menyuruh ku berhenti..
Tidak pernah menyuruhku mengalah..
Cuma..
Apa yang kuharapkan..
Agar dia juga bersama-sama ku..
Menghadapi semua ini bersama..
Berusaha bersama-sama..
Melakukan nya bersama-sama..
Berdoa bersama-sama..
Seperti sebelum ini..
Hanya itu yang aku mahu..
Berusaha selagi boleh..
Bertahan selagi mampu..
Berdoa jangan putus..
Dan setelah itu..hanya tawakal kepada Allah..

Aku tahu ini ujian Allah..
Aku harus kuat..
Dan aku juga mahu kan dia kuat..
Jangan mudah mengalah..
Kerana apa yang terjadi berdasarkan alasan yang tidak kukuh..
Persoalan yang tidak pernah ada jawapan..
Aku cuba untuk kuat..
Agar dia dapat melihat aku sedang bertahan..
Dengan satu harapan..
" Agar dia juga mampu kuat dan bertahan seperti aku.."




Monday, September 22, 2014

Aku redha andai ini perjalanan hidupku..

Terlalu sedih dan sakit bila impian dan harapan yang kita bina bersama orang tersayang musnah sekelip mata...
Sakit bila terlalu menyayangi..
Sakit bila terlalu merindui..
Apa lagi daya yang ada..
Dah habis usaha..
Dah habis ikhthiar..
Dan..
Ianya musnah dan tetap berakhir..

Terkilan..bukan menidakkan takdir Allah..
Tapi aku tahu..ianya boleh diselamatkan lagi..
Tapi keputusan telah dibuat..
Keputusan yang muktamad..
Keputusan yang berani..
Tanpa kompromi..

Ya allah..hanya kau yang tahu betapa sakit,perit,pedih dan terlukanya hati ini..
Ya allah..hanya kau yang tahu betapa sayang dan rindunya hati aku..
Ya allah..terlalu sakit..sakit dan sakit...

Siapa sangka..ku sangka panas hingga ke petang.
Tapi rupanya..hujan turun di tengah hari..
Saat aku mulai kecapi bahagia dan semakin hampir mencapai impian..
Di saat itu..semuanya musnah..
Allahu..tidak terluah oleh kata-kata..
Tidak tergambar oleh fikiran..

Tiada perkataan lain dapat ku gambarkan perasaan ku sekarang..
Selain dari sakit..pedih..dan kecewa..
Aku tau aku perlu bangkit..
Tinggalkan semua kenangan,impian dan harapan itu..
Walaupun susah..aku mesti bangkit..
Mengosongkan segala jiwa dan fikiranku..
Aku mesti kuat walaupun payah..

Aku redha andai ini ujianNYA..
Aku redha andai ini takdirku..
Aku redha andai ini perjalanan hidupku..

Terima kasih ya allah kerana berikan aku kebahagiaan walau seketika..
Terima kasih kerana menghadirkan dia dalam perjalanan hidupku..
Cukup indah..
Cukup manis..

Ya allah..kuatkan lah hati ku..
Tabahkan la diriku..
Bantulah aku..
Aku tidak pernah lupa untuk berdoa di setiap sujud ku..di setiap masa lapangku..
Agar kebahagiaan itu milik aku...

Ya allah..sampaikanlah padanya..
Diri ini terlalu menyayangi dan merinduinya..
Cukup lah dia tahu..
Selama ini..
Akulah insan yang tak pernah putus menyayangi dan merinduinya..

Ya allah..Jagakan lah dia untukku..
Pandulah dia ke arah kebenaran..
Jauhilah dia dari kemungkaran..

Allahu..
Allahu..
Allahu..
 
Bantulah aku Ya allah...