"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Monday, September 29, 2014

Coretan dari Ku untuk Dia..

Kadang-kadang aku menangis bukan sebab sedih..
Tapi terlalu penat untuk mengharungi apa yang terjadi seorang diri..
Dari mula-mula sehingga lah ke hari ini..
Puas sudah berusaha seorang diri..
Kenapa harus seorang diri??
Sedangkan sebelum ini semuanya dilakukan bersama?
Kenapa ketika ujian yang datang ini,hanya aku sahaja yang berada di depan..
Menggalas semuanya..menghadapi semuanya..melakukan semuanya seorang diri..
Kenapa ketika ini hanya aku yang dibebankan..
Dan ditinggalkan untuk menghadapi semuanya..
Sedangkan ini adalah ujian bersama..
Aku sudah terlalu penat..
Letih..
Dan habis daya..
Tapi hati dan semangat ku tidak pernah menyuruh ku berhenti..
Tidak pernah menyuruhku mengalah..
Cuma..
Apa yang kuharapkan..
Agar dia juga bersama-sama ku..
Menghadapi semua ini bersama..
Berusaha bersama-sama..
Melakukan nya bersama-sama..
Berdoa bersama-sama..
Seperti sebelum ini..
Hanya itu yang aku mahu..
Berusaha selagi boleh..
Bertahan selagi mampu..
Berdoa jangan putus..
Dan setelah itu..hanya tawakal kepada Allah..

Aku tahu ini ujian Allah..
Aku harus kuat..
Dan aku juga mahu kan dia kuat..
Jangan mudah mengalah..
Kerana apa yang terjadi berdasarkan alasan yang tidak kukuh..
Persoalan yang tidak pernah ada jawapan..
Aku cuba untuk kuat..
Agar dia dapat melihat aku sedang bertahan..
Dengan satu harapan..
" Agar dia juga mampu kuat dan bertahan seperti aku.."




No comments: