"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Wednesday, October 1, 2014

Moga Kebahagiaan itu Milik Ku

Hati sedikit terusik bila melihat kegembiraan kawan-kawan..
Bila mendengar setiap berita gembira dari mereka..
Ya..aku akui sedikit cemburu..
Tapi itu lah bahagian mereka..
Aku tetap gembira dengan kebahagiaan mereka..
Menumpang sedikit kegembiraan..
Dan hari ini bahagian ku adalah seperti yg aku lalui sekarang..
Walaupun senyuman terukir di bibir..
Walaupun kata-kata penuh yakin..
Walaupun langkah penuh teratur..
Namun..
Di dalam hati ini..
Hanya Allah yang tahu..

Dan semoga satu hari nanti..
Kebahagiaan itu milik aku juga..
Allahu..Allahu..Allahu..
Sabarlah wahai hati..
Kuatlah wahai hati..
Moga satu hari ada kemanisan di sebalik semua ini..

 

No comments: