"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Tuesday, December 27, 2011

My Motivation Book..


yeahh..i just bought them at Popular bookstore..heeee..Finally, sy jumpe jugak buku motivasi tuk di jadikan bahan bacaan..Kenapa harus sy mencari dan mencari ye?? kerana sy rasa sy perlu memotivasikan diri sy sendiri..yaaa..a lot of things happen..sometimes benda yg jadi tu buat kita rasa down..so..i think that i need some motivation book...Cari punya cari, terjumpa la yg ini..Looks like sempoi from outside..bila bukak dan baca sedikit, rasa tertarik..dgn bahasa dia yg mudah, ada gambar rajah dan ada cerita cerita yang berkaitan.apa yang boleh saya katakan buku ini sempoi..tak sabar nak start baca,heeeee...ouh..harga buku ini RM 21 je..

ouh yaa..yg "Little Thing To Always Be Remember" sy beli tuk diletakkan di opishh..huhuhu..actually byk gila benda tu kat Popular tadi tapi I choose that one...harga nye RM 9.90 je..

En.Bn pon ada beli buku jugak tadi..tajuk die Biografi Malaikat..Harga die RM 15 je.Die cakap best buku tu..So, sy cakap dgn dia,lepas dia baca sy nak pinjam..Lets exchange book,,heeee...

So, jom baca...(^______________________^)

Friday, August 5, 2011

Percaya PadaKu

Ungu: Percaya Padaku

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh


Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Back to [*][**]
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Back to [*][**]
Back to [*]

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan al-Mubarak kpd semua umat Islam.Semoga Ramahan kali ini membawa beribu keberkatan kepada kita semua.
Selamat berpuasa semua..Time buka puasa jangan membazir tau..jangan ikut nafsu time membeli makanan tuk berbuka.huhuhu..Dan yg paling penting jgn curi makan time puasa ye..heeee...

Saturday, July 30, 2011

Tak Sedap tapi Bagus


Air masak??air kosong???urrmmmm...tak sedap!!!sy mmg tak suke minum air masak.dalam satu minggu pon belum tentu sy minum air masak..dulu bile sy haus kawan kawan selalu hulurkan air masak but guess what i will say???

"tak nak..tak sedap.."..heeee....senget kan sy ni..

tapi sejak minggu minggu lepas sy dah mula belaja minum air masak..bawak air masak satu liter ke opis..walaupun tak abes tapi tetap minum gak sikit..tetap gak paksa telan air masak tu..dan percaya tak semalam dan kelmarin sy dah minum 2 liter air dalm satu hari!!!!! OMG!!!lepas tu mmg asek ke toilet je larh sy..sakit perut pon ye gak ni..mungkin kah kembung??.huhuhu...walaupun tak sedap tapi air kosong ni bgus so at least kene minum gak dalam satu hari..paksa diri kite tuk minum..ajar sikit2...pasti boleh!hahaha..

Ape2 pun..teruskan shima:P

Wednesday, June 29, 2011

Picto EditiNg


Finally berjaya gak mengedit pic walaupon malas..heeeee..(^____^)

Thursday, June 23, 2011

Cantik Dan Indah

"..Lumrah manusia yg sentiasa menyukai sesuatu yg cantik dan indah..yg cantik dan indah itulah yg sentiasa menjadi perhatian..yg sebaliknya,dilayan biasa biasa saje..lalalalalala..tp sebetulnya,semua ciptaan Allah adalah cantik dan indah.Gunakan semua pancaindera utk mencari kecantikan dan keindahan ciptaanNYA...::senyum x perlu kata apa2::.."

Friday, June 17, 2011

Cik Abie & En Boy

Yeaahhhhh...

Happy Becoming Annivessary My Princess wit Her Boyfie...
18th June 2011

4 Years they being together as happy and lovely couple..
Cik Abie and En Boy..Wish both of you happy and have a good relationship forever. Im waiting your invitation card babe..hukhuk..


Bingkisan Hati

"kalau nak hidup senang,haruslah bermula dari bawah..baeklah, aku bukan sahaja bermula dari bawah tapi pada ketika ini aku bermula dari kosong..zero.."

itulah kenyataan..hidup dan nasib manusia berbeza..rezeki dan jalan hidup yg akan dilalui juga berbeza..Semakin kita dewasa semakin besar tanggungjawab dan beban yg harus kita pikul.Terlalu banyak,terlalu pahit,terlalu sakit untuk dihadapi. Dan dari situ kita mula sedar betapa susahnya untuk hidup di bumi Allah ini.Betapa susah nya untuk menghadapi dugaan yg di datangkan oleh Nya.Betapa susahnya untuk menguatkan iman untuk menerima dan menghadapi semua ini. Itulah kenyataan.Terkadang, ada masa kita hampir putus asa untuk terus mencuba. Dan aku juga begitu.Bila aku melihat kiri,kanan.depan dan belakang,aku mula yakin yang bukan senang untuk hidup senang dan bukan susah untuk hidup susah. Semuanya harus bermula dari bawah,merangkak pelahan ke peringkat yang seterusnya sehinggalah ke peringkat tertinggi,Dan aku juga harus bermula dari bawah namun pada ketika ini aku sudah pun bermula tapi bukan dari bawah malah dari kosong.Setiap hari aku mula membilang hari untuk sampai ke tahap yg memuaskan,namun semakin aku membilang hari semakin lama aku rasakan sehingga ke satu tahap aku rasa aku tak akan sampai ke tahap yang sepatutnya.

Entahlaa..hanya itu kata kata yang dapat aku keluarkan.Mana silap nya aku pon tak tahu..Adakah aku tak berusaha untuk ke tahap yg lebih bagus??Tak mungkin..Aku dah berusaha dan aku sudah hampir penat untuk berusaha..Bila aku melihat orang lain,aku mula cemburu dengan mereka.Kenapa senang untuk mereka berjaya,mendapat kerja yang bagus,hidup senang dan bahagia?Aku cemburu dengan mereka.Aku juga malu dengan mereka.Aku masih disini..di tahap yang jauh lebih bawah dari mereka.Dan sampai satu ketika,aku berkata pada diri sendiri..tak guna belajar tinggi tinggi,tak guna mendapat keputusan yg baik kalau terpaksa bermula dari zero balik.Mereka yang tak belajar tinggi pun dapat hidup yang lebih baik dari aku..Sampai begitu sekali fikiran aku..Tapi aku tau,tidak baik berkata begitu kerana ini semua dugaan dari Allah.Tapi aku hanya manusia biasa,terkadang tidak dapat mengawal emosi dan tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapinya.

Penat..penat..penat..penat...tak ada kata terbaik untuk dilafazkan lagi..Tapi aku tahu dan aku masih lagi mempunyai akal dan fikiran yang waras.Aku tidak boleh untuk terus mengalah dan berputus asa..Jika aku mengalah maka akan aku terus berada di tahap kosong..Sekurang-kurangnya jika aku terus mencuba walaupun penat,aku tahu yang aku akan bergerak dari tahap kosong ke tahap yang lebih baik walaupun mengambil masa yang lama.Kerana aku tau Allah sentiasa menolong umatnya yang berusaha dan aku percaya aku boleh menghadapi semua cabaran dan dugaan dariNya kerana Allah tidak akan mendatangkan cabaran dan dugaan kepada di luar kemampuan umatNya. Lebih dari itu,aku percaya rezeki manusia berlainan. Jika sesuatu itu rezeki kita maka dia tetap akan menjadi milik kita.Namun jika rezeki itu bukan milik kita,sejauh mana kita mencuba pun rezeki itu tetap bukan milik kita.Kerana itu semua pemberian dan ketentuan dari Allah.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.Dan kita yang masih gagal untuk mendapat kan apa yang kita inginkan,yang masih sedaya upaya menghadapi cabaran dan dugaan dariNya,hendaklah sentiasa berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah.Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Semakin banyak Dia datangkan ujian,semakin banyak la yang Dia mahukan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Xpela..biarla kita bermula dari kosong..bermula dari bawah..sekurang-kurangnya kite berpeluang merasa susahnya hidup berada di bawah..berpeluang untuk merasa susah payah nya utk berada di satu tempat yang tinggi..berpeluang untuk mengambil sebanyak mana pengalaman yang ada..berpeluang untuk mengenal erti berusaha..berpeluang untuk belajar banyak benda, dan setidak tidak nya,bila satu hari nanti kita berpeluang berada di atas, berpeluang merasa hidup senang, kita tidak akan lupa asal usul kita,kita tidak akan memandang rendah pada mereka yg berada di bawah dan kita akan merasa bertanggungjawab untuk membantu dan memberi peluang kepada mereka di bawah untuk mendaki ke puncak yang atas. Yang paling penting kita tahu untuk bersyukur atas pemberianNya. Itulah bezanya pada mereka yang bermula dari kosong dan bawah dengan mereka yang telah sedia berada di atas..

.::Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat umatNya.Mungkin masa nya bukan sekarang tapi percayalah masa itu akan tiba..Allah tidak pernah menghampakan umatNya yang sentiasa berusaha dan yang sentiasa mengakui kewujudanNya...::.


Sunday, June 12, 2011

abes sudah..hukhuk

Ari ni abes sudah final exam tuk sem 3 ni..Alamakkk..sem ni agak susah skit final nye especially Credit Loan and Syndication..berpeluh jwb nye..Cuma mengharapkan yg terbaik tuk result nnt..tak berani nak letak ape2 harapan..hmmm..So dengan abes nye sem ni maka tinggal lg 2 sem utk ditempuh..pd awalnya bajet abes bukan mac tp tup tup dgr cite seluruh ipta kene start new sem pd bulan September ni..maknanya sah2 la aku nye study akan dipanjang kan sampai bulan Jun..adeiii..dh lari timing ni..tp xpelah..still dapat konvo bulan 10 nnt..Insyaallah:)

So now 3 bulan xde class on wekend nk wat pe yea..mmmmm...lets get planning!!

IM BACK!!!!!

(^_______^)

Tuesday, March 29, 2011

Mahatma Gandhi said...

Just want to share you all one motivation words:)

There are seven things that will destroy us:

1. Wealth without work
2. Pleasure without conscience
3. Knowledge without character
4. Religion without sacrifice
5. Politics without principle
6. Science without humanity
7. Business without ethics.

� Mahatma Gandhi

yOu

Never explain yourself to anyone,
because the person who likes you doesn't need it,
and the person who dislike you won't believe it

Thursday, March 24, 2011

On Her Engagement Day..

.::Nurul Ain::.

his and her..

OMG!!! seriusly chantekkkk...!

Congrates to my bff..Nurul Ain Bt Abdullah Sanusi sebab dh tunang ngan her beloved one Mohd Zahirudin Bin Munir..Happy for u yunk..tuk pengetahuan korunk semua,dyorg 2 ni kapel since skolah menengah dulu and finally dh tunang dh..sweet sgt tau..

She looks so gorgeous and pretty on her engagement day..looks so different yaa..Nice color..pink and white..i likee..heeeee..Anyway ain, cepat2 kawen k and jgn lupe jemput bff u kt sini yee..waiting for ur invitation card..:)
happy..happy..happy..

Thursday, March 17, 2011

Dua Puluh Empat Tahun...14 March..


Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to Shima...
Happy Birthday to meeeeeeeee......heeeeeeee....
(nyanyi untuk diri sendiri)...

Pejam celik pejam celik..dah 24 tahun dah umur Shima..hohohoh...Bila dengar je 24 rasa macam diri ini terlalu jauh dari usia remaja..hahaha...tap tak apela..Its just a number right..tak perlu takut untuk terus meningkat dari satu usia ke satu usia sebab semakin meningkat umur kita semakin banyak yang perlu kita tempuh,perlu kita pelajari, dan semakin banyak lah yang perlu kita rasa dalam mengenal erti sebuah kehidupan..banyak lagi yang perlu kita tempuh di masa hadapan..kita hidup adalah untuk terus bergerak ke hadapan bukan berundur ke belakang..dan di situlah rasionalnya peningkatan usia itu kan...huhuhuhu..

Ok..Shima nak ucapkan terima kasih dekat semua yang wish happy birthday..

Thanks mama untuk wish yang sangat ringkas tapi penuh bermakna..Thanks dekat mama juga atas jam yang mama bagi..cantik sangat...sayang mama sangat2..

Thanx to En.Bb..(Mohamad Fairos Ahmad)..Awal2 dah wish birthday..Huhuhu..First tyme birthday with him..Nice wish Bb..Sayang Bb banyak2 jugak...:)

Untuk semua kawan2 shima...Abie..Bib..Ifa..Ieja..Ain Sanusi..Ain rozaini..zatul..Dayah..Sya..Shikin..Seng..Hafiudin..Shah..Saiful..budak2 FB..dan semua yang dah wish yang namanya tidak disebut..Thanx sangat2 sebab ingat birthday Shima dan juga ucapan2 kamu semua..Sangat2 menghargainya..sayang kamu semua:)

Dan..tidak lupa jugak kawan2 dekat ofis..Syiera..Maziah..Ikhwan..En.Sham..Kak Emma..Thana..Safwan..Kak Umi..Kak Julie..Thanx tau for the wish..Saya sayang kamu semua juga..Syiera,Maziah and Ikhwan..thanx tau hadiah itu..Suke:)

So..even ade certain thing yang tak dapat Shima lakukan pada 14 March hari itu,but its ok..Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan kan..Insyallah, kalau umur panjang tahun depan ada lagi kan:)

Apa yang Shima harapkan untuk usia yang ke-24 adalah semoga perjalanan hidup Shima lebih baik dari yang sebelumnya..sentiasa di murahkan rezeki, di beri ketenangan hidup, didatangkan kejayaan demi kejayaan dan kebahagiaan demi kebahagiaan..Hope MBA shima berjalan dengan baik dan habis tepat pada waktunya dan harap sangat untuk dapat kerja baru yang dapat memberi shima lebih pengetahuan dan yang dapat membawa Shima dari satu tahap yang lebih baik kepada yang lebih baik dalam bidang kerjaya..Also hope for better relationship with family..En.Bb and my frens..and of course to be better person..

Aminnnn...

Wednesday, March 16, 2011

Good Job Shima!

Alhamdulillah...result sem lepas dah kuar dah dan tanpa disangka shima dapat result yang sangat ok..
dan the best thing is...
berjaya mengekalkan result sama macam sem 1...yeayy:)..
Actually, unexpected coz sem lepas tidak fokus sangat dekat study sebab sibuk dengan kerja, penat, dan juga penyakit malas..
Tapi alhamdulillah, di saat2 akhir berjaya mengembalikan kembali semangat untuk terus belajar..

Terima kasih dekat keluarga, pensyarah, kawan2 dan En.Bb atas semua sokongan, tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama yg diberikan.
Hmmm..banyak pengajaran dan iktibar yang dapat di ambil dari semester lepas..Pengajaran dan iktibar yang membuatkan Shima tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan yang akan membuatkan Shima terus berusaha untuk mengekalkan keputusan yang ada ini sampai habis MBA Shima..
Lagi tiga semester untuk dilalui..
Semoga Shima dapat bertahan, terus bersemangat, dan tidak leka dalam pelajaran...


SyukurAlhamdulillah atas kejayaan yang diberikan olehNYA..
Sesungguhnya DIA sentiasa mendengar doa2 hambaNYA dan sentiasa membantu hamba2NYA...:)

Tuesday, February 8, 2011

Uhhhh!!

2.0o a.m...

StiLL xDe MoOd nAk StudY..
MaLaS..
BosAn..
xTau Nak muLa DarI mAne StudY nye...
tiK tOk tiK toK...
Time Is RunNinG Out...!!


Monday, February 7, 2011

Oppsss...Just ArOund thE corNer..!


Final exam dh dekat dh..
12 and 13 February ni...

pejam celik pejam celik dh nk abes second sem..

Spt biasa, dis sem still amek 3 paper..

Advance Corporate Finance, Operation and Technology Management and Management Accounting..

Seriusly, dis sem sgt tough..and final kali ni semua calculation...

Dis week gak..closing tuk kerje aku n nmpk gaya nye kene overtime la dis week..
Worry...cm xde mase nk study tuk final..hmmmm...
Hopefully everything run smoothly and have tyme to cover up all my study before final..


Caiyok Caiyok Shima Shim..

Tuesday, February 1, 2011

FSTEP Interview Session


Semalam aku g Finacial Sector Training Enrichment Programme (FSTEP) interivew. FSTEP ni adalah management training programme under Bank Negara and seluruh bank2 di Malaysia. Alhamdulillah, interview tu berjalan lancar..Before interview ade English Proficiency Test and Harryson Test. Then if lepas bru g interview..whoaaahhhh..agak lame di interview.Almost 1 hour di bilik interview bersama 3 org interviewer...berpeluh beb.But the interviewer mmg sempoi gak laa.hahaha..

Anyway, hope kali ni berjaye laa..tp terlupe something...guess what?? Aku lupe nk tanye berapa lama result die..adeiii...tp bgus gak kot sbb xde la aku tertunggu2..So..x nak terlampau mengharap sgt..(walaupun megharap gak sikit..:P)..If ade rezeki, Insyaallah dapat..if xde..seperti biasa ler..masuk opis buat kerja cm bese ye..bile agak letih or mengantuk, bukak la satu lg browser lantas laju tangan ini mencari kerja2 kosong..hahahha..agak sengal di situ...:P

Wednesday, January 26, 2011

As Tyme Goes By..


As tyme goes by.. People getting older...
People n surrounding differ as b4..
They change,more happy n could be otherwise..
Pro n con.. And could be..don no wat to say..
Observation take place as tyme goes by.. Rich become richer.. Poor become more poor.. Or it can be negative relationship.. Richer become poor.. Poor become richer.. As tyme goes by..
Life just like gambling..
Gamble for something better but face something more challenging..
Life become beauty or can be become ugly..
But..
The weapon for all of these is..
Believe dat Allah owez beside us n know wat is the best for us..
As human, we cant predict what will happen tomorrow,next week n future..but remember the only things that we can do are planning, work hard for it, pray for it and lastly tawakal... Dont ever consider give up.. And never regret for that had happen..move on n learn from mistakes n failure.. It doesnt matter with language..custom and culture.. As long as INTENTION or "NAWAITU" is good.. Insyaallah.. There will be brighter way for us... Aminnn...

Thursday, January 20, 2011

Sentap..

Shima rase setiap orang ade batas tahap kesabaran die kn..Begitu juga la ngan Shima..Selama hari ni Shima sabar je ngan kerja-kerja Shima di office..Shima x kisah pon kalo kerja banyak.Memang la Shima ade gak merungut tp tak terfikir pon untuk berhenti dari situ. Tapi entah cam ne semalam, memang betul2 terasa bile ada yg cakap Shima lambat dan x buat kerje.Ape kes..Selame ari ni Shima buat semue kerje kot..Sampai x terkejar. Tibe2 nk cakap Shima x buat kerja..Ape x nampak ke selame ari ni ape Shima buat..berjalan ke hulu ke hilir tp mate tu x guna kan utk melihat ape yg org buat..TAK NAMPAK atau BUAT2 TAK NAMPAK???..

Memang rasa kecewa dan sakit ati sgt2..Selama ari ni Shima buat clear payment, transfer payment,JPJ cek,bank recon,close sales,close customer file,data entry tp MEREKA ckp Shima x buat kerja..Shima lambat buat kerja..Kenape dyorg x fikir ea?? Berapa byk kerja nk kene buat dalam satu masa then MEREKA nk suruh everthing done immediately?? Then senang2 ckp aku x payah la nak buat semue kerje tu sedangkan MEREKA jg yg suruh tuk buat kerja tu hari tu..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..arahan mane yg perlu Shima ikut??

Dan hari ni Shima terfikir sesuatu,

"Kalau korun PULUN cam ne sekali pon dalam buat kerja, korunk patot INGAT satu benda yg memang x boleh korunk nafikan yg ORANG2 seperti itu TAK AKAN NAMPAK atau pon BUAT2 TAK NAMPAK ape yg korunk BUAT..dats LIFE..masih ade yg susah untk APPRECIATE dan mengucapkan TERIMA KASIH...sorry to say laa..So, dh masa untuk aku MENJAUHKAN diri dr ORANG2 seperti itu..MASIH ade lg ORANG LAIN yg CELIK dgn ape yg anda BUAT.."

Orang laein hanye pandai dan tau tuk menyuruh kite bersabar tp mereka tak pernah merasa ape yg kite rasa..bukan salah mereka tuk berkata begitu sbb mereka x berada di tempat kite..Hurmmm..itulah die kehidupan, x semua orang boleh merasa ape yg kite rasa dan ada sesetengah orang yg masih mementingkan diri sendiri...

Totally tawar hati dan tibe masa tuk melakukan perubahan tuk mencari ORANG2 yg CELIK. Biar pon susah tuk mencari ORANG yg CELIK itu,tp shima percaya yg shima akan jumpa MEREKA itu..Aminnn...


Tuesday, January 18, 2011

Ubat Kurus:P

Seorang wanita yg sangat gemuk pergi ke sebuah klinik.

Wanita: “Doktor.. ubat apa yg harus saya minum agar kurus ?”

Doktor : “Ooo… Anda tidak perlu minum sebarang ubat. Cukup geleng2 kepala saja…”

Wanita: “Sampai bila saya harus geleng kepala?.. pagi, siang, petang atau malam?”

Doktor : “Cukup ketika orang memberi makanan saja Anda geleng kepala”

hahaha...sengal:P

Im Owez Missing U..Al-Fatihah..

...17 Januari 2011...

Genap sudah 3 thn pemergian org yg paling Shima syg..
3 thn x melihat wajahnya..
3 thn x mendengar suara, bebelan dan gelak tawanya..
3 thn x mendengar doa2 nya...
dan 3 thn juga laa..stp hari2 shima merindunya..

Im really2 missing her, my late grandma..Hamyah Bt Ismail..
Semoga Allah meletakkan arwah wan di tempat2 orang yg beriman..
Sentiasa di cucuri rahmatNya..
Doa Shima x pernah putus buat arwah...

Al-Fatihah..

ikhlas dari cucu mu tersayang..
Shima..