"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Friday, December 26, 2014

Kerana: Alleycats


Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan bahawa cinta ini
Hanyalah permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras supa yang sangat ku pinta

Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu

Masih Mencintainya: Papinka


Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Wednesday, December 24, 2014

Alasan Untuk Bahagia-Asfan Shah


Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Tuesday, December 23, 2014

23 Disember 2014 @1750

Percaya,
Allah yang bagi segala rasa
Yang muncul dalam hati
Walaupun perasaan itu
Sangat sukar untuk kita lawan
Tapi yakin
Mesti Dia ingin mengajar kita sesuatu

Dan akhirnya,
Hanya pada Allah kita berharap

#latahzan

Monday, December 15, 2014

15 Disember 2014 @1300

Dalam dunia ni ada dua jenis orang. Pertama orang yang bertuah. Kedua orang yang bodoh. Dan aku adalah orang yang bodoh itu. Selama ini menunggu lama orang yang disayangi. Sentiasa ada dengan dia dan sentiasa setia bersamanya. Tapi bila mana dia mula nampak dunia luar, punyai ramai kawan, mengenali orang lain dan mula berasa selesa dengan kehidupannya yang sekarang, dia dah lupakan aku. Mula tidak terima aku seadanya. Mempersoalkan itu dan ini. Walaupun aku bodoh, tapi aku masih punya hati.


Masih ingatkah kau pada pesananku yang ini, "Jangan nakal-nakal. Nakal bila sayang dah tak de je".. Lantas kau jawab, "Tampar mulut nak? Tak suka sayang cakap macam tu.B tak kan nakal.."

Masih ingatkah pada pesananku satu masa dahulu,"Nanti kalau dah senang jangan lupa sayang eh"..Lantas kau menjawab; "B janji tak lupa"..

Hari ini Allah baru mengujimu sedikit, dan kau mula lupakan siapa orang yang sentiasa bersamamu tanpa mengenal erti jemu. Aku tidak tahu bagaimana bila Allah mengujimu dengan ujian yang lebih besar. Aku cuma terkilan kerana aku lah insan yang sentiasa bersamamu itu.

Dan pesanku hari ini untuk kau; "Jangan lupa diri.Hidup ini masih terlalu jauh untuk kau hadapi. Ianya seperti roda. Kadang kala di atas, dan satu ketika di bawah. Sama ada kau di atas atau di bawah, ujian itu tetap ada. Cuma satu yang perlu kau perhatikan, siapa yang akan bersama kau ketika kau di atas dan siapa yang akan kekal dengan kau ketika kau di bawah.Di masa itu kau akan mula tersedar siapa yang kau telah tinggalkan ketika kau di atas dan siapa yang kau masih perlukan ketika kau di bawah.."


"Perempuan di uji bila lelaki tidak punyai apa-apa. Tetapi lelaki di uji bila mana dia punyai segalanya"

#mendongakkelangit
#dibawahlangityangsama
#tiadadendamdihati
#senyummeskipunpahit
#mendoakanyangterbaik
#janjiAllahitupasti

Friday, December 12, 2014

Bila mana kedua-duanya di uji~


Sangat bangga dengan kawan-kawan yang tabah dan kuat hadapi dugaan ketika bertunang dulu. Sehingga akhirnya, mereka sah mengikatkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri. Selalu mendengar dugaan yang mereka hadapi malah lagi hebat. Ada yang mengalami kemalangan yang kesan nya sehingga hari ini masih ada, ada yang berhadapan dengan masalah ke dua-dua belah keluarga, masalah kewangan dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka dan pasangan kuat mempertahankan hubungan mereka, mencari penyelesaian demi penyelesaian dan yang paling penting, doa pada Dia. 


Tapi tidak pada hubungan ini yang berakhir sekelip mata setelah banyak persiapan yang sudah disiapkan. Betul kata orang, dugaan bertunang ni memang kuat. Kalau kita kuat, maka sampai lah ke jinjang pelamin. Kalau tak kuat, maka berakhirlah di pertengahan jalan. Terkilan dan kecewa dengan apa yang dah berlaku. Terkilan bila mana Allah menjentikkan dia dengan sedikit ujian dan dugaan dan akhirnya dia gagal dengan ujian itu. Gagal mempertahankan hubungan itu. Dan aku juga akhirnya gagal juga mempertahankan hubungan itu . Bezanya, hanya yang aku terkontang-kanting keseorangan berusaha mempertahankan hubungan ini  sehabis daya. Siapa yang tidak mahu mempertahankan hubungan yang semakin hampir ke ijab dan qabul. Siapa sahaja akan berusaha apa sahaja selagi termampu. Siapa sahaja akan berusaha kerana rasa sayang dan cinta yang masih ada.

Dan hari ini, Allah menguji aku lagi sekali dengan segala kekecewaan dan kesakitan dari apa yang dah berlaku.


Memang pada mulanya tersangat marah, tersangat sakit dan tersangat kecewa. Sakit bila terus-terusan dipersalahkan tapi lagi sakit bila mengetahui satu persatu kebenaran yang muncul. Dengan setiap perbuatan dan kata-kata yang dikeluarkan. Sehingga ingin menyematkan perasaan benci, dendam dan mendoakan yang tidak elok. Tapi aku masih ingat DIA.Masih punya hati dan perasaan. Masih tahu menghargai. Kenapa perlu benci, dendam dan mendoakan yang tidak elok pada orang yang pernah hadir dalam hidup kita?yang pernah membahagiakan kita?yang pernah buat kita tersenyum?yang pernah menjaga dan mengambil berat terhadap kita?yang pernah kita sayang dan rindu?yang pernah menjadi sebahagian dari hidup kita?Kita tidak akan pernah benci orang yang kita sayang.Kita tak kan pernah ingin tengok orang yang kita sayang jatuh tersungkur dan menderita, menangis dan tidak bahagia. Sebab DIA anugerahkan kita dengan perasaan sayang yang mengatasi semuanya. Biarlah aku sahaja yang ingat semua itu, siapa dia dalam hidup aku selama ini.Sematkan sahaja dalam diri..” Bahawa apa sahaja yang dia telah lakukan , itu antara dia dengan Allah”.Anggap sahaja dia tidak sedar apa yang dia dah buat. Anggap sahaja dia gagal dalam ujian yang diberikan.Anggap sahaja dia terlalu mengikutkan hati. 



Hari ini, aku makin tenang. Makin boleh menerima semua ini. Makin redha. Setiap kali perasaan marah dan benci itu datang, aku teringat pesan kawanku, Mezi..


”Shima, tak salah untuk kau mengingatkan diri kau apa yang dia dah lakukan. Tapi jangan membenci. Jangan salahkan diri awak dan jangan terlalu salahkan dia juga. Awak sedang di uji dan dia juga sedang di uji ketika itu dan hari ini..”


Betul..masing-masing ketika itu sedang diuji. Tapi gagal.




Hari ini yang ada cuma rasa terkilan, kecewa dan sedih bila mengenangkan semuanya berakhir setelah banyak ujian dan dugaan yang diharungi bersama selama ini. Bila mengenangkan semua persiapan yang dah siap. Bila mengenangkan kemanisan  dan kegembiran di hari pertunangan. Bila mengenangkan harapan dan impian yang dibina bersama musnah. Betul kata orang..


 “Merancang itu bagus tapi jangan terlalu berharap.Terutama pada manusia.Simpan sedikit dihati kesederhanaan,moga bila jatuh nanti tidak terlalu sakit..” 


Sekarang aku sudah rasakan sakit itu.Kerana terlalu berharap pada manusia. Kesilapan aku di situ.Aku sendiri yang perlu susah payah untuk bangkit menghadapi semua ini. Kadang-kadang terfikir apa perasaan dia bila jadi begini. Apa perasaan dia buat begini. Kenapa dia buat macam ni. Mana hati dan perasaan dia. 

Tapi tak apa lah. .

Dia berhak untuk kebahagiaan dia sendiri. Di saat dia tidak lagi rasa bahagia dengan aku, dia berhak tinggalkan aku dengan apa cara sekali pun untuk mencari kebahagiaan dia sendiri. Biar kan dia terbang bebas mencari kebahagiaan dia. Kenapa nak paksa orang untuk menyayangi kita sedangkan perasaan sayang itu dah mati untuk kita. Macam mana dia nak hidup bahagia dengan kita. Walaupun sakit, aku tetap mahu orang yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku bahagia. Aku kena belajar ikhlas kan diri aku untuk lepaskan dia setelah aku dah berusaha mempertahankan semuanya. Aku akan bahagia bila dia bahagia walaupun bukan dengan aku.




Kepada di luar sana yang akan bertunang atau pun telah bertunang, ingat..pertunangan bukan sesuatu yang boleh di buat main dan dipandang remeh. Kerana ianya melibatkan keluarga.Bukan satu sahaja keluarga tapi dua belah keluarga. Setiap dugaan yang datang, bertahanlah. Bersama-samalah menghadapi dugaan itu. Jangan biarkan satu pihak sahaja yang berusaha mempertahankan hubungan itu. Setiap masalah dan dugaan yang datang, berbincang dan berkomunikasilah dengan betul. Jangan cuba lari dari masalah, jangan terlalu pentingkan diri sendiri,jangan terlalu ego,jangan terlalu ikut hati dan jangan terburu-buru buat keputusan. Ingatlah tujuan anda bertunang. Ingat susah payah dan janji setia bersama selama perhubungan itu.Ingat bahawa anda sudah melangkah setapak dalam ahli keluarga tunang anda. Setiap apa keputusan yang dibuat mestilah melibatkan kedua-dua keluarga. Hormati mereka. Maruah mereka dan hati mereka.Tolong punyai rasa tanggungjawab dalam diri. Tanggungjawab itu penting.


Bertunang bukannya lagi masa untuk mencari kekurangan antara satu sama lain. Bukannya lagi masa untuk mencari lelaki/wanita lain. Bertunang adalah masa di mana anda menyediakan diri anda untuk lebih menghargai dan menerima kebaikan dan keburukan pasangan anda. Untuk punyai rasa lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara. Untuk punyai lebih kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan dan godaan. Jangan jadikan itu semua alasan untuk memutuskan pertunangan itu. Jika dahulu anda boleh terima, kenapa sekarang menjadikannya sebagai alasan. Jika dulu boleh setia, kenapa sekarang mencari yang lain. 

Jangan berjanji..jangan membina impian dan harapan sekiranya pada akhirnya kita sendiri yang musnahkannya. Jangan melukakan hati orang lain jika kita tak nak disakiti kemudian hari. Sakit sangat bila hati dilukai..Susah sangat nak bangkit. Lagi susah kalau kita betul-betul sayangkan orang yang menyakiti kita tu. 


Ye..Memang jodoh itu ditangan Allah tapi berusaha lah bersama-sama dahulu untuk memperbaiki hubungan itu. Allah tak suruh kita menyerah tanpa berusahakan?

Kepada yang sedang bersedih..tak apa lah..Anggap sahaja ini bahagian kita. Mahu atau tidak, kita perlu hadapi.Perlu kuat.Perlu bangkit.Allah tak kan berikan ujian ini jika kita tak mampu.Kalau Allah kata kita mampu, kenapa kita nak persoalkan diri kita yang kita tak mampu? Allah kan ada. DIA tak pernah tinggalkan kita.Berdoalah pada DIA.Jangan putus asa.Bila mana Allah belum makbulkan doa kita,yakinlah DIA lebih tahu.Husnuzon..Bersangka baik..Memang sedih..memang kecewa..memang sakit..tapi Insyaallah semuanya akan baik.Kalau nak menangis, menangislah tapi jangan sampai memudaratkan.


Memang susah nak buang perasaan sayang dan cinta dalam diri. Setiap mana kita pergi, setiap apa kita buat, mesti teringat. Terkadang rindu tu terlalu kuat. Lagi susah kalau semua perasaan bercampur. Sedih+kecewa+marah+terkilan+sayang+cinta+rindu. Memang susah nak lawan semua perasaan itu. Tapi apa pilihan yang kita ada? Berbaliklah pada DIA. Kalau sedih,kalau kecewa,kalau marah katakan pada DIA.Agar terubat segala rasa itu. Kalau sayang,kalau rindu katakan juga pada DIA agar DIA sampaikan. Ingat, kita dah tak boleh buat apa-apa dah. Benda dah jadi dan dia bukan milik kita lagi. Dia dah buang kita jauh dari hidup dan hati dia. Cakap pada diri..Dia dah tak sayang kita,dia dah tak nak kita,dia dah tak perlukan kita,dia dah buang kita,dan dia dah tak pedulikan kita lagi. Lepaskan dia dari hati kita. Cuba lah perlahan-lahan..

Redha itu susah..tapi belajarlah. Hari dari demi hari, pasti redha itu akan ada dalam diri. Memang susah nak menerima apa yang dah jadi. Tapi belajarlah pujuk hati untuk menerima. 


#mendogakkelangit
#dibawahlangityangsama
#latahzan
#kuatlahhati
#akupujukhatisendiri
#senyummeskipunterluka

Thursday, December 11, 2014

11 Disember 2014~


Bila Allah hadirkan dia,
Dalam hidup kamu,
Jangan terlalu gembira.

Mungkin,
Kehadiran dia hanya sementara,...
Pengubat duka di hati kamu,
Atau mungkin juga,
Sebagai ujian buat kamu.

Kawal hati sebaiknya,
Jangan ada air mata yang mengalir,
Saat bibir menguntum senyum.

#mendongakkelangit 
#tiadaapayangbuatakubahagiaselainmelihatkaubahagia 
#nakalbilasayadahtakdejeingattak?
#pandangklcc
#keepyourheadupprincessyourtiaraisfalling

Tuesday, December 9, 2014

Tiada yang Sempurna~

Jawapannya sudah ada..
Terima kasih dan berharap agar kau jumpa yang sempurna seperti mahumu.sempurna seperti dirimu..
oh..maaf..agar dia yang dah kau pilih sempurna seperti mahumu.sempurna seperti dirimu~

Monday, December 8, 2014

Sabtu, 6 Disember 2014


Sabtu, 6 Disember 2014..

Terusik dengan pertanyaan dari mama. Setelah agak lama mama tak bertanya, dan hari ni tiba-tiba mama bertanya. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Aku tahu, walaupun mama berdiam diri dan menjalani hari-harinya seperti biasa, tapi hati dan fikirannya masih memikirkan dgn apa yg dah berlaku. Dan aku tahu, walaupun aku berpura-pura ok depan mama, tapi aku tahu dia tahu apa aku rasa. Hati seorang ibu.

Mama : Ada apa-apa berita pasal dia?
Aku     : Siapa?
Mama : Dia. ******
Aku     : Ouh..tak de.
Mama  : Dia ada message?
Aku      : Ada. Hari tu.
Mama  : Dia cakap apa?
Aku      : Tak ada ape.
Mama: Sampai hari ni hati mama masih terasa. Tertanya-tanya kenapa ****** buat macam tu. Kenapa dia berubah macam tu. Sebelum ni dia tak pernah macam tu.Kenapa dia tak nak bincang dengan mama sebelum buat apa-apa keputusan. Kenapa nak ikut sangat hati dia.
Aku    : (Diam. Kelu. Sebak. Tak ada jawapan.Tahan segala rasa agar tidak jatuh setitis air mata ini depan mama)

Tak perlu ditanya lagi pada orang yang tak menghargai kita kerana belum tentu dia ingatkan kita. Belum tentu dia rasai apa yg kita rasakan. Biarlah dia bahagia dgn kehidupannya sekarang ini. Dgn pilihannya sendiri. Moga satu hari nanti dia sedar, telah banyak hati yg dia lukai.

"Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah. Mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan"

Friday, December 5, 2014

#mendongakkelangit

Menyesal? - Tidak
Sakit lagi hati kau? - Kadang-kadang
Marah lagi? - Hmmm
Kecewa? - Ya
Masih menangis? - Masih
Kenapa? - Meluahkan yg tak terluah
Sampai bila? - Bila sampai waktunya nanti
Apa yang kau fikir sekarang? -Entahlah
Apa kau rasa? - Macam-macam
Apa kau nak buat? - Teruskan berdoa
Apa yang kau doa? - Biarlah hanya aku dan Dia yang tahu
Apa yg kau harapkan? -Punya rasa kuat dan tabah
Lagi? - Tak ada
Kenapa? - Sebab semuanya dah musnah
Allah tu ada kan? - Sentiasa
Yakin kan dengan Dia? - Yakin
Jadi? - Berserah sahaja pada Dia.

"Rabak dia, tersimpan kemas di-balik senyumnya yang masih manis.Tanpa kau tahu hampir sepertiga malam-malamnya terlalu sibuk dengan bisik-bisik halus yang terbang di dada langitNya..menuju Dia"

#mendongakkelangit

Thursday, December 4, 2014

Di situ ada hati yang satu~



Hati..
Tempat pendam segala rasa..
Tidak ada siapa yang tahu dan mengerti..
Gembira dia dilahirkan dengan senyuman..
Sakitnya dilahirkan dengan air mata..
Dan kadang-kadang dia terdiam tak terkata kerana apa yang dirasa terlalu mendalam..

Hati..
Kadang-kadang  kuat untuk hadapi ujian..
Tapi sejauh mana kuatnya hati..
Akan jatuh juga titisan air mata...
Hati kata tak mampu..tak kuat..
Tapi tanpa sedar hati tetap melalui setiap hari-harinya..
Yang penuh kekecewaan dan kesakitan..

Hati..
Tabahlah..
Sabarlah..
Pendamkan sahaja apa yang dirasa andai tidak daya berkata-kata lagi..
Katakan sahaja pada Dia..
Andai sakit..andai kecewa..khabarkan pada Dia..
Agar Dia pulihkan semula rasa itu..
Andai rindu..andai sayang..khabarkan juga pada Dia..
Agar Dia sampaikan..

Hati..
Jangan tipu diri sendiri..
Di mata manusia, mereka percaya..
Tapi di mata Dia..
Sungguh hanya Dia Maha Mengetahui isimu duhai hati..

Hati..
Teruskanlah melangkah..
Walaupun susah..
Walaupun payah..
Ingatlah..
Bila jatuh..Perlu bangkit..
Senyumlah meski pun pahit..

#kulihatlangit

Monday, December 1, 2014

Kerana Cinta,Kita Tahu Allah Itu Ada


"Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat sampai ke hati tanpa perlu didengar atau dibaca..Kerana mendoakan adalah cara mencintai yang paling rahsia.."

Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tidak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah.
Kerana takdir yang menentukannya.

#pandanglangit

Last Chapter of 2014

Mine was ruined..
It started with a lot of happiness and beautiful story..
With one determination..
I'm trying too hard to achieve it..
In half way of 2014, I make it come true..
After many years waiting.. after many years with same determination..
And now, everything was ruined including my little heart.
Thank you for whom who ruined it.
The person i loved so much..
The person who meant so much..
Thanks for making my last chapter a perfect sad story..