Dalam dunia ni ada dua jenis orang. Pertama orang yang bertuah. Kedua orang yang bodoh. Dan aku adalah orang yang bodoh itu. Selama ini menunggu lama orang yang disayangi. Sentiasa ada dengan dia dan sentiasa setia bersamanya. Tapi bila mana dia mula nampak dunia luar, punyai ramai kawan, mengenali orang lain dan mula berasa selesa dengan kehidupannya yang sekarang, dia dah lupakan aku. Mula tidak terima aku seadanya. Mempersoalkan itu dan ini. Walaupun aku bodoh, tapi aku masih punya hati.
Masih ingatkah kau pada pesananku yang ini, "Jangan nakal-nakal. Nakal bila sayang dah tak de je".. Lantas kau jawab, "Tampar mulut nak? Tak suka sayang cakap macam tu.B tak kan nakal.."
Masih ingatkah pada pesananku satu masa dahulu,"Nanti kalau dah senang jangan lupa sayang eh"..Lantas kau menjawab; "B janji tak lupa"..
Hari ini Allah baru mengujimu sedikit, dan kau mula lupakan siapa orang yang sentiasa bersamamu tanpa mengenal erti jemu. Aku tidak tahu bagaimana bila Allah mengujimu dengan ujian yang lebih besar. Aku cuma terkilan kerana aku lah insan yang sentiasa bersamamu itu.
Dan pesanku hari ini untuk kau; "Jangan lupa diri.Hidup ini masih terlalu jauh untuk kau hadapi. Ianya seperti roda. Kadang kala di atas, dan satu ketika di bawah. Sama ada kau di atas atau di bawah, ujian itu tetap ada. Cuma satu yang perlu kau perhatikan, siapa yang akan bersama kau ketika kau di atas dan siapa yang akan kekal dengan kau ketika kau di bawah.Di masa itu kau akan mula tersedar siapa yang kau telah tinggalkan ketika kau di atas dan siapa yang kau masih perlukan ketika kau di bawah.."
"Perempuan di uji bila lelaki tidak punyai apa-apa. Tetapi lelaki di uji bila mana dia punyai segalanya"
#mendongakkelangit
#dibawahlangityangsama
#tiadadendamdihati
#senyummeskipunpahit
#mendoakanyangterbaik
#janjiAllahitupasti
No comments:
Post a Comment