Sangat bangga dengan kawan-kawan yang tabah dan kuat hadapi
dugaan ketika bertunang dulu. Sehingga akhirnya, mereka sah mengikatkan
hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri. Selalu mendengar dugaan yang
mereka hadapi malah lagi hebat. Ada yang mengalami kemalangan yang kesan nya
sehingga hari ini masih ada, ada yang berhadapan dengan masalah ke dua-dua
belah keluarga, masalah kewangan dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka dan
pasangan kuat mempertahankan hubungan mereka, mencari penyelesaian demi
penyelesaian dan yang paling penting, doa pada Dia.
Tapi tidak pada hubungan ini yang berakhir sekelip mata
setelah banyak persiapan yang sudah disiapkan. Betul kata orang, dugaan
bertunang ni memang kuat. Kalau kita kuat, maka sampai lah ke jinjang pelamin.
Kalau tak kuat, maka berakhirlah di pertengahan jalan. Terkilan dan kecewa
dengan apa yang dah berlaku. Terkilan bila mana Allah menjentikkan dia dengan
sedikit ujian dan dugaan dan akhirnya dia gagal dengan ujian itu. Gagal
mempertahankan hubungan itu. Dan aku juga akhirnya gagal juga mempertahankan
hubungan itu . Bezanya, hanya yang aku terkontang-kanting keseorangan berusaha
mempertahankan hubungan ini sehabis daya.
Siapa yang tidak mahu mempertahankan hubungan yang semakin hampir ke ijab dan
qabul. Siapa sahaja akan berusaha apa sahaja selagi termampu. Siapa sahaja akan
berusaha kerana rasa sayang dan cinta yang masih ada.
Dan hari ini, Allah menguji aku lagi sekali dengan segala
kekecewaan dan kesakitan dari apa yang dah berlaku.
Memang pada mulanya tersangat marah, tersangat sakit dan
tersangat kecewa. Sakit bila terus-terusan dipersalahkan tapi lagi sakit bila
mengetahui satu persatu kebenaran yang muncul. Dengan setiap perbuatan dan
kata-kata yang dikeluarkan. Sehingga ingin menyematkan perasaan benci, dendam
dan mendoakan yang tidak elok. Tapi aku masih ingat DIA.Masih punya hati dan
perasaan. Masih tahu menghargai. Kenapa perlu benci, dendam dan mendoakan yang
tidak elok pada orang yang pernah hadir dalam hidup kita?yang pernah
membahagiakan kita?yang pernah buat kita tersenyum?yang pernah menjaga dan
mengambil berat terhadap kita?yang pernah kita sayang dan rindu?yang pernah
menjadi sebahagian dari hidup kita?Kita tidak akan pernah benci orang yang kita
sayang.Kita tak kan pernah ingin tengok orang yang kita sayang jatuh tersungkur
dan menderita, menangis dan tidak bahagia. Sebab DIA anugerahkan kita dengan
perasaan sayang yang mengatasi semuanya. Biarlah aku sahaja yang ingat semua
itu, siapa dia dalam hidup aku selama ini.Sematkan sahaja dalam diri..” Bahawa
apa sahaja yang dia telah lakukan , itu antara dia dengan Allah”.Anggap sahaja
dia tidak sedar apa yang dia dah buat. Anggap sahaja dia gagal dalam ujian yang
diberikan.Anggap sahaja dia terlalu mengikutkan hati.
Hari ini, aku makin tenang. Makin boleh menerima semua ini.
Makin redha. Setiap kali perasaan marah dan benci itu datang, aku teringat
pesan kawanku, Mezi..
”Shima, tak salah untuk kau mengingatkan diri kau apa yang
dia dah lakukan. Tapi jangan membenci. Jangan salahkan diri awak dan jangan terlalu
salahkan dia juga. Awak sedang di uji dan dia juga sedang di uji ketika itu dan
hari ini..”
Betul..masing-masing ketika itu sedang diuji. Tapi gagal.
Hari ini yang ada cuma rasa terkilan, kecewa dan sedih bila
mengenangkan semuanya berakhir setelah banyak ujian dan dugaan yang diharungi
bersama selama ini. Bila mengenangkan semua persiapan yang dah siap. Bila
mengenangkan kemanisan dan kegembiran di
hari pertunangan. Bila mengenangkan harapan dan impian yang dibina bersama
musnah. Betul kata orang..
“Merancang itu bagus
tapi jangan terlalu berharap.Terutama pada manusia.Simpan sedikit dihati
kesederhanaan,moga bila jatuh nanti tidak terlalu sakit..”
Sekarang aku sudah rasakan sakit itu.Kerana terlalu berharap
pada manusia. Kesilapan aku di situ.Aku sendiri yang perlu susah payah untuk
bangkit menghadapi semua ini. Kadang-kadang terfikir apa perasaan dia bila jadi
begini. Apa perasaan dia buat begini. Kenapa dia buat macam ni. Mana hati dan perasaan dia.
Tapi tak apa lah. .
Dia berhak untuk kebahagiaan dia sendiri. Di saat dia tidak lagi rasa bahagia
dengan aku, dia berhak tinggalkan aku dengan apa cara sekali pun untuk mencari
kebahagiaan dia sendiri. Biar kan dia terbang bebas mencari kebahagiaan dia. Kenapa nak paksa orang untuk menyayangi kita sedangkan perasaan sayang itu dah mati untuk kita. Macam mana dia nak hidup bahagia dengan kita. Walaupun
sakit, aku tetap mahu orang yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku
bahagia. Aku kena belajar ikhlas kan diri aku untuk lepaskan dia setelah aku
dah berusaha mempertahankan semuanya. Aku akan bahagia bila dia bahagia
walaupun bukan dengan aku.
Kepada di luar sana yang akan bertunang atau pun telah
bertunang, ingat..pertunangan bukan sesuatu yang boleh di buat main dan
dipandang remeh. Kerana ianya melibatkan keluarga.Bukan satu sahaja keluarga
tapi dua belah keluarga. Setiap dugaan yang datang, bertahanlah.
Bersama-samalah menghadapi dugaan itu. Jangan biarkan satu pihak sahaja yang
berusaha mempertahankan hubungan itu. Setiap masalah dan dugaan yang datang,
berbincang dan berkomunikasilah dengan betul. Jangan cuba lari dari masalah,
jangan terlalu pentingkan diri sendiri,jangan terlalu ego,jangan terlalu ikut
hati dan jangan terburu-buru buat keputusan. Ingatlah tujuan anda bertunang.
Ingat susah payah dan janji setia bersama selama perhubungan itu.Ingat bahawa
anda sudah melangkah setapak dalam ahli keluarga tunang anda. Setiap apa
keputusan yang dibuat mestilah melibatkan kedua-dua keluarga. Hormati mereka.
Maruah mereka dan hati mereka.Tolong punyai rasa tanggungjawab dalam diri.
Tanggungjawab itu penting.
Bertunang bukannya lagi masa untuk mencari kekurangan antara
satu sama lain. Bukannya lagi masa untuk mencari lelaki/wanita lain. Bertunang
adalah masa di mana anda menyediakan diri anda untuk lebih menghargai dan
menerima kebaikan dan keburukan pasangan anda. Untuk punyai rasa lebih
bertanggungjawab dalam setiap perkara. Untuk punyai lebih kekuatan dalam
menghadapi setiap dugaan dan godaan. Jangan jadikan itu semua alasan untuk
memutuskan pertunangan itu. Jika dahulu anda boleh terima, kenapa sekarang
menjadikannya sebagai alasan. Jika dulu boleh setia, kenapa sekarang mencari
yang lain.
Jangan berjanji..jangan membina impian dan harapan sekiranya pada akhirnya kita sendiri yang musnahkannya. Jangan melukakan hati orang lain jika kita tak nak disakiti kemudian hari. Sakit sangat bila hati dilukai..Susah sangat nak bangkit. Lagi susah kalau kita betul-betul sayangkan orang yang menyakiti kita tu.
Ye..Memang jodoh itu ditangan Allah tapi berusaha lah
bersama-sama dahulu untuk memperbaiki hubungan itu. Allah tak suruh kita menyerah tanpa berusahakan?
Kepada yang sedang bersedih..tak apa lah..Anggap sahaja ini bahagian kita. Mahu atau tidak, kita perlu hadapi.Perlu kuat.Perlu bangkit.Allah tak kan berikan ujian ini jika kita tak mampu.Kalau Allah kata kita mampu, kenapa kita nak persoalkan diri kita yang kita tak mampu? Allah kan ada. DIA tak pernah tinggalkan kita.Berdoalah pada DIA.Jangan putus asa.Bila mana Allah belum makbulkan doa kita,yakinlah DIA lebih tahu.Husnuzon..Bersangka baik..Memang sedih..memang kecewa..memang sakit..tapi Insyaallah semuanya akan baik.Kalau nak menangis, menangislah tapi jangan sampai memudaratkan.
Memang susah nak buang perasaan sayang dan cinta dalam diri. Setiap mana kita pergi, setiap apa kita buat, mesti teringat. Terkadang rindu tu terlalu kuat. Lagi susah kalau semua perasaan bercampur. Sedih+kecewa+marah+terkilan+sayang+cinta+rindu. Memang susah nak lawan semua perasaan itu. Tapi apa pilihan yang kita ada? Berbaliklah pada DIA. Kalau sedih,kalau kecewa,kalau marah katakan pada DIA.Agar terubat segala rasa itu. Kalau sayang,kalau rindu katakan juga pada DIA agar DIA sampaikan. Ingat, kita dah tak boleh buat apa-apa dah. Benda dah jadi dan dia bukan milik kita lagi. Dia dah buang kita jauh dari hidup dan hati dia. Cakap pada diri..Dia dah tak sayang kita,dia dah tak nak kita,dia dah tak perlukan kita,dia dah buang kita,dan dia dah tak pedulikan kita lagi. Lepaskan dia dari hati kita. Cuba lah perlahan-lahan..
Redha itu susah..tapi belajarlah. Hari dari demi hari, pasti redha itu akan ada dalam diri. Memang susah nak menerima apa yang dah jadi. Tapi belajarlah pujuk hati untuk menerima.
#mendogakkelangit
#dibawahlangityangsama
#latahzan
#kuatlahhati
#akupujukhatisendiri
#senyummeskipunterluka
#senyummeskipunterluka
No comments:
Post a Comment