Sabtu, 6 Disember 2014..
Terusik dengan pertanyaan dari mama. Setelah agak lama mama tak
bertanya, dan hari ni tiba-tiba mama bertanya. Entah kenapa, aku pun tak
tahu. Aku tahu, walaupun mama berdiam diri dan menjalani hari-harinya
seperti biasa, tapi hati dan fikirannya masih memikirkan dgn apa yg dah
berlaku. Dan aku tahu, walaupun aku berpura-pura ok depan mama, tapi aku tahu dia tahu apa aku rasa. Hati seorang ibu.
Mama : Ada apa-apa berita pasal dia?
Aku : Siapa?
Mama : Dia. ******
Aku : Ouh..tak de.
Mama : Dia ada message?
Aku : Ada. Hari tu.
Mama : Dia cakap apa?
Aku : Tak ada ape.
Mama: Sampai hari ni hati mama masih terasa. Tertanya-tanya kenapa ****** buat macam tu. Kenapa dia berubah macam tu. Sebelum ni dia tak pernah macam tu.Kenapa dia tak nak bincang dengan mama sebelum buat apa-apa keputusan. Kenapa nak ikut sangat hati dia.
Aku : (Diam. Kelu. Sebak. Tak ada jawapan.Tahan segala rasa agar tidak jatuh setitis air mata ini depan mama)
Tak perlu ditanya lagi pada orang yang tak menghargai kita kerana belum tentu dia ingatkan kita. Belum tentu dia rasai apa yg kita rasakan. Biarlah dia bahagia dgn kehidupannya sekarang ini. Dgn pilihannya sendiri. Moga satu hari nanti dia sedar, telah banyak hati yg dia lukai.
"Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah. Mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan"
No comments:
Post a Comment