"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Monday, February 2, 2009

C.I.N.T.A

"LOVE PEOPLE THAT U LOVE OR LEARN TO LOVE PEOPLE THAT LOVE U?"
hurmm..its complicated..mencintai orang yg kita sayang dan cinta namun pada hakikatnya orang itu tidak mempunyai perasaan yg sama seperti mana kita..memang susah untuk kita terima tetapi kita harus ingat yg cinta itu tak boleh dipaksa..bagaimana kita nak bina hubungan cinta bila cinta itu berada hanya di sebelah pihak sahaja..
Belajar untuk mencintai orang yg mencintai kita..itu bukan perkara yg mudah..tetapi kenapa kita tidak pernah ingin memberi peluang kepada mereka sedangkan kita tahu yg orang itu benar-benar mencitai kita..ada perasaan sayang dan cinta terhadap kita..Cinta dan sayang adalah sesuatu yang subjektif..Cinta boleh dipupuk..cuma ianya memerlukan masa..biarpun lama..tetapi bila kita mencuba untuk belajar mencintainya..kita akan berjaya...belajarlah untuk membina perasaan sayang dan cinta itu setiap hari..pupuklah ia sebaik mungkin..lama-lama kita akan mencintai nya sepenuh hati dan menerima orang itu di dalam hidup kita..Dalam masa yg sama,orang itu juga memberi kita harapan dan keyakinan atas cinta dia..Pelbagai impian di bina bersama, begitu juga dgn harapan..sedikit sebanyak,ianya membantu kita untuk mencintainya...
Tetapi..kita harus ingat risiko yg perlu kita tanggung bila kita belajar mencintai orang yg mencintai kita dan belajar memupuk cinta dan sayang terhadapnya..Kerana..bukan mudah untuk kita melakukannya..Pada ketika kita belajar mencintainya dan memupuk perasaan cinta itu, bermakna kita mengorbankan perasaan kita sendiri..kita menjadi manusia paling hipokrit bila kita mengaku kita mencintai nya sedangkan hakikatnya kita baru belajar untuk mencintai nya...Risiko yang harus kita tanggung ialah apabila satu hari kita kehilangan dia..kita hilang cinta dia..dia pergi membawa cinta dia kepada orang lain...Pada waktu itu...segala impian dan harapan yang di bina bersama, sudah tidak ada makna lagi...Cinta yg kita pupuk selama ini dengan sepenuh hati dan susah payahnya..hancur mcm tu je..Betapa susah kita membinanya..dengan sekelip mata runtuh dan hancur luluh...
>Bila kita sudah betul sayang dan cinta kan dia..
>bila kita sudah mula yakin dengan impian yang di bina bersama..
>Bila kita sudah betul-betul percaya kan dia..
>bila betul-betul hati ini untuk dia..bila kita betul-betul kata hanya dia yg satu dalam hidup kita
tiba-tiba...orang yg mencintai kita pada mula dulu dan orang yang kita bagi peluang untuk kita cintai, orang itu jugalah yg musnahkan segala-galanya..orang itu juga la yg tidak menghargai sedikit pun apa yg kita telah buat untuk dia..bagi dia kita ni tak datangkan apa-apa kebaikan pada dia..kononnya kita tak memahami nya..pelbagai alasan dicipta..pada saat itu apa yang kita rasa??
Itulah dia CINTA...cinta datang dan pergi..cinta itu tak pernah buta tapi kita yang buta dalam melihatnya..terpulanglah pada kita untuk memilih orang yang kita cintai atau orang yang mencintai kita..setiap pilihan yang kita ada, ada risiko nya...Kalau kita berani buat pilihan..kita juga harus berani menanggung risikonya..Lebih baik bercinta dan merasa manis dan pahitnya ketika bercinta daripada tidak merasa langsung..Belajar dari cinta yg gagal...Mungkin Allah akan memberikan cinta yang lebih baik dari sebelumnya..Jodoh.ajal dan pertemuan Allah yang tentukan..kalau ada jodoh kita dengan dia maka adalah..walaupun bukan sekarang tapi suatu hari nanti kita tak tahu...Kalau tak ada jodoh kita dgn dia..percayalah bahawa ada orang lain telah diciptakan untuk kita...
LOVE PEOPLE THAT U LOVE OR LEARN TO LOVE PEOPLE THAT LOVE U?
Jangan buat pilihan berpandukan akal tapi buatlah pilihan berdasarkan hati.Tanye pada hati apa yg kita rasa dan mahu..Jika hati tak dapat berikan jawapan maka tanya la pada akal supaya akal dapat mengimbanginya..
.
hurrmm..
Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta pada Illahi..

No comments: