"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Tuesday, January 27, 2015

Semua orang akan jumpa bahagia masing-masing~

Ketika Ummu Salamah bersedih kerana kehilangan suami, Rasulullah SAW mengajar Ummu Salamah berdoa kepada Allah agar digantikan dengan suami yang lebih baik. dan memang benar Ummu Salamah mendapat suami yang lebih baik, apabila Rasulullah SAW sendiri menikahi beliau.

Move on, stop grieving. 

Even though you lose something good, maybe you will gain something much better. Who knows? Allah has planned everything.

Semua orang akan jumpa bahagia masing-masing. Bila? redha, dan sabar.... tapi diri sendiri kena usaha untuk bangkit dari kesedihan. Kalau tak, selamanyalah akan dibutakan oleh kenangan.


credit to: Aku Islam & Sederhana-Indah

Friday, January 23, 2015

Gerimis Mengundang-Slam



Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis

Cerita Seorang Kawan


Bila kawan sendiri mula membahan sesuatu yg sensitif bagi korang, apa korang rasa?
Kadang-kadang terfikir juga apa yang mereka fikirkan bila berkelakuan macam tu. Nak marah, kawan sendiri. Malas nak gaduh sebenarnya. Nak balas balik pun rasa macam tak ada faedah. Jadi, senyap je lah. Pendam dalam-dalam. Sakit hati jugak. Tapi tak apa lah. Selagi boleh sabar kan.

Dah kerap kali jugak kawan yang seorang ni membahan pasal apa dah jadi dekat aku. Walaupun aku sekarang ni dah nampak ok, tapi tak perlu lah membahan dan memerli seperti aku tiada perasaan. Dulu dia sendiri tau macam mana aku hadapi semua ni. Dia sendiri nasihat macam-macam. Tapi sekarang dia sendiri membahan dan memerli. Kalau sekali tak apa. Ni dah banyak kali. Cukup-cukuplah orang lain duk perli dan bahan aku. Bila kawan sendiri buat benda yang sama, rasa dia lagi lain macam. Sentap dia lagi lebih.Kalau dia rasa benda itu kelakar bagi dia dan boleh buat aku tersenyum dan ketawa, ternyata dia silap. Satu je aku pesan..Aku ni tak jadi kahwin tak apa. Sebab tak ada anak lagi pun. Awak tu dah masuk dua anak. Nanti jangan apa yang awak cakap dekat saya, jangan apa yang awak bahan dan perli saya, terkena dekat awak balik. Ingat, awak tu dah kahwin. Kalau yang tunang pun boleh putus, yang dah kahwin pun boleh bercerai-berai. Ingat ye awak. Moga semuanya baik-baik untuk awak. Aku maafkan sebab aku memang tahu perangai dia dari dulu memang macam tu. Tiga tahun kenal dia, banyak kali kena bahan dan perli. Nasib baik boleh sabar lagi. Kalau tak memang ada yang dah makan cili. Yang ni nak panggil kawan ke apa??

Bagi aku senang..Kalau nak bahan dan perli aku, teruskan.Aku simpan dalam-dalam.Bukan aku mintak nak jadi macam ni. Dan bukan aku gembira dengan apa dah jadi. Dan aku tahu, selepas ni pun pasti dia akan lakukan perkara yang sama berulang kali.Tambahan aku kena menghadap dia hampir setiap hari. Moga Allah beri kekuatan untuk aku sabar dengan dia ni.


Kalau musuh membahan/mengata/memerli dari belakang..
Tapi yang dia ni nak kategori sebagai apa pulak? Membahan dan memerli depan-depan.

#hatitisu
#sabar
#sentaptersentap

Tuesday, January 20, 2015

Hapuskanlah Jika Ianya Salah


Kalau perasaan ini salah,
Aku mohon hapuskan segera dari hati aku.
Allah,
Kau Maha membolak-balik hati.
Mana mampu hambaMu ini menyimpan hati yang terluka ini terlalu lama.
Jauhkanlah rasa yang tidak sepatutnya.
Sungguh, terkadang aku tak mampu mengawal hatiku kecuali atas bantuanMu.


Friday, January 16, 2015

Hanya Dalam Mimpi


Did you know that when someone appears in your dreams, it's because that person misses you- Psychological Fact


Eh yekeee?? Seratus peratus aku tak percaya.Mana mungkin orang tu rindu. Orang tu sekarang ni tengah bahagia lah dengan insan baru.Tak kan lah nak rindu kite ni.Huuu. 

Tapi minggu ni je dah tiga kali mimpi.Adohaiii..kan dah cakap jangan datang dalam mimpi.

Ke aku terfikir dia? 
Empat tahun bersama, mana boleh lupa dalam masa empat bulan kan. Aku cuma manusia biasa yang sedang belajar untuk melupakan, melepaskan, memaafkan dan menjadi lebih kuat. Kadang-kadang ketika aku sedang belajar ini semua, ianya hadir zupppppp masuk dalam ingatan dan hati. Alhamdulillah, semakin boleh mengawal emosi. Tak segila dulu.

Tu la dulu tak berani nak jumpa depan-depan, sekarang ni nak masuk dalam mimpi kite pulak. Semoga baik-baik belaka.

Semoga Allah jauhkan hati aku dengan sifat pendendam.

Thursday, January 15, 2015

Dengan izinMu

#DenganizinMu
#Alhamdulillah

Wednesday, January 14, 2015

Tiada Sebab Untuk Berhenti Berdoa Kan?

Kadang-kadang kita akan bertemu dengan jawapan 'tidak' atau pun 'bukan' untuk setiap usaha dan doa kita.
Tapi itu bukan bermakna kita tak layak dapatkan sesuatu. bukan bermakna itu adalah hukuman. Boleh jadi ia merupakan suatu pengajaran agar kita terus memperbaiki diri, hati dan iman.
Kerana mungkin, pada suatu ketika, di tempat lain, dalam suasana lain, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik dan lebih indah daripada apa yang pernah kita bayangkan.

Kita kenalah belajar untuk sabar dan redha, belajar untuk menerima bahawa kadang-kadang apa yang kita nak sangat tu, bukan untuk kita. InshaAllah akan ada ruang dan peluang lain untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Asalkan, jangan pernah berhenti yakin pada DIA.
Teruskan solat, doa dan sabar. Kalau sesuatu tu memang baik untuk kita, Allah akan mudahkan. Dan kalau sesuatu tu memang tak baik untuk kita, Allah juga yang akan tunjukkan jalan keluar.

Ingat..

Ada masa apa yang kita rancang dalam hidup tidak menjadi.Namun kita kena sentiasa berusaha & doa. Sebab Allah tak pernah hampakan doa manusia. Allah akan perkenankan doa melalui jalan berbeza tapi sebenarnya itulah yang kita minta sebelum ini.

"..Aku tidak tahu bila dan apakah Allah akan makbulkan doaku, namun ia bukan sebab untuk aku berhenti berdoa.Tidak subuh hari, masih ada zuhur, asar, maghrib dan isyak. Tidak lima waktu, mungkin pada tahajud.Hakikatnya, doa itu membuatkan kita merasa lebih dekat dengan Allah.."

Friday, January 9, 2015

Hate No One


Hate no one, no matter how much they have wronged you.
Live humbly, no matter how wealthy you become.
Think positively, no matter how hard life is.
Give much, even if you have been given little.
Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you.
And do not stop praying for the best for those you love.

-Ali Ibn Abi Talib (R)

Thursday, January 8, 2015

Simpan kemas semuanya


"Apabila dewasa,kita belajar untuk menggunakan pen dan bukan lagi pensel.Waktu itu baru kita sedar,ada benda yang bukan senang untuk dipadam.Walaupun menggunakan liquid paper mahu pun pemadam pen,kesannya tetap ada kan?"


Apa yang ada dalam hati biarkan kekal menjadi rahsia.
Biarkan berlalu bersama masa.
Biarkan cuma Allah yang tahu.
Simpan kemas semuanya.
Andai suatu hari ianya diketahui..
Anggaplah ia petunjuk dariNya.
Anggaplah ia sebagai pesanan dariNya.

#pandanglangit
#masihhujan
 


Learn to be strong



No matter what, once in your life, someone will hurt you. 
That someone will take all that you are, and rip it into pieces and they won't even watch where the pieces land.
But through the breakdown, you'll learn something about yourself.
You'll learn that you're strong.
And no matter how hard they destroy you, that you can conquer anyone.

Wednesday, January 7, 2015

07 Januari @1552


Rabu, tujuh januari dua ribu lima belas, jam tiga lima puluh dua petang...

Melihat ke luar, tak nampak satu pun bangunan..Hujan lebat..
Aku suka hujan sebab antara doa yang mustajab adalah ketika hujan turun. Sewaktu hujan turun, pintu langit terbuka, Allah menurunkan rahmatNya maka berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ;doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.(HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).
  
Tadah tangan, berdoa.

The Designer is perfect..


There are many pieces that make up our lives:
Moments that break us. Moment that raise and shape us. Decisions we make to hold on. Or let go. People who enter our lives and leaves us changed forever. The ones we love, the ones that hurt us, or heal us, or leave us.

Sometimes we don't understand these pieces or even despair over them. It's only when time goes by and we look back, that we suddenly can see our whole life like a perfectly designed puzzle.

Don't be afraid of the puzzle piece you're in right now. It will fit perfectly...just like the rest. How could it not?
The Designer is perfect.


Tuesday, January 6, 2015

I'm at peace with that..



Nothing protects the heart like patience.
Don't get your hopes up too fast.
Don't let your fears speak too loud.
Don't give your doubts too much time.
Not everybody is built to handle the rough time.
Can't be surprised when you fall off with certain people.
Few people understand what it means to really be there for somebody.
And that's the roughest part about being on a journey, you realize the main ones that said they'll ride, are the first to fall off.
People make promises when the sun is shining and make excuses when the storm comes.
That's why I'm always thankful for the rain, it washes away the unnecessary.
The reality is, you could be amazing, genuine and sincere, but still be overlooked. Because honestly, people don't want something real anymore, they just want reasons to complain and excuses to avoid. Having a good thing is so hard because meeting a strong person is so rare. 
So I've learned to respect when people run from me, I realize my kind of love ain't for everybody.
I'm at peace with that.

Monday, January 5, 2015

GoodBye 2014 and Welcome 2015~


2014 is a great year. I gain, I lost, I love and I hate. 
To the people who have left, thanks for the memories. 
Looking foward 2015.

 
 
2015..
1 Book..
12 Chapter..
365 Pages.. 
Nothing much to expect from 2015..
Nothing much to hope..
 Just go with Allah plans. He knows better. We as His slaves only need to try the best and du'a.
As we live in his dunya, just keep faith to Allah.



"..dear yesterday,
stay gone. thanks for the memory.
dear tomorrow,
hello. may you bring something better.

dear past,
leave me. I have so much to fulfill.

dear future,
wait for me. lets walk together.

oh Allah,
today, tomorrow and forever, I am Your slaves. please keep me strong. please keep my faith. please guide me to be a better person."