"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Friday, January 23, 2015

Cerita Seorang Kawan


Bila kawan sendiri mula membahan sesuatu yg sensitif bagi korang, apa korang rasa?
Kadang-kadang terfikir juga apa yang mereka fikirkan bila berkelakuan macam tu. Nak marah, kawan sendiri. Malas nak gaduh sebenarnya. Nak balas balik pun rasa macam tak ada faedah. Jadi, senyap je lah. Pendam dalam-dalam. Sakit hati jugak. Tapi tak apa lah. Selagi boleh sabar kan.

Dah kerap kali jugak kawan yang seorang ni membahan pasal apa dah jadi dekat aku. Walaupun aku sekarang ni dah nampak ok, tapi tak perlu lah membahan dan memerli seperti aku tiada perasaan. Dulu dia sendiri tau macam mana aku hadapi semua ni. Dia sendiri nasihat macam-macam. Tapi sekarang dia sendiri membahan dan memerli. Kalau sekali tak apa. Ni dah banyak kali. Cukup-cukuplah orang lain duk perli dan bahan aku. Bila kawan sendiri buat benda yang sama, rasa dia lagi lain macam. Sentap dia lagi lebih.Kalau dia rasa benda itu kelakar bagi dia dan boleh buat aku tersenyum dan ketawa, ternyata dia silap. Satu je aku pesan..Aku ni tak jadi kahwin tak apa. Sebab tak ada anak lagi pun. Awak tu dah masuk dua anak. Nanti jangan apa yang awak cakap dekat saya, jangan apa yang awak bahan dan perli saya, terkena dekat awak balik. Ingat, awak tu dah kahwin. Kalau yang tunang pun boleh putus, yang dah kahwin pun boleh bercerai-berai. Ingat ye awak. Moga semuanya baik-baik untuk awak. Aku maafkan sebab aku memang tahu perangai dia dari dulu memang macam tu. Tiga tahun kenal dia, banyak kali kena bahan dan perli. Nasib baik boleh sabar lagi. Kalau tak memang ada yang dah makan cili. Yang ni nak panggil kawan ke apa??

Bagi aku senang..Kalau nak bahan dan perli aku, teruskan.Aku simpan dalam-dalam.Bukan aku mintak nak jadi macam ni. Dan bukan aku gembira dengan apa dah jadi. Dan aku tahu, selepas ni pun pasti dia akan lakukan perkara yang sama berulang kali.Tambahan aku kena menghadap dia hampir setiap hari. Moga Allah beri kekuatan untuk aku sabar dengan dia ni.


Kalau musuh membahan/mengata/memerli dari belakang..
Tapi yang dia ni nak kategori sebagai apa pulak? Membahan dan memerli depan-depan.

#hatitisu
#sabar
#sentaptersentap

No comments: