"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Thursday, October 9, 2014

Bertanggungjawab vs tahujawab

Bila ada seorang manusia cakap dekat korang..

"Ye, saya yang bertanggungjawab atas semua yang terjadi.."

Dan orang itu lantas berlalu pergi dan mendiamkan diri..
Adakah korang rasa dia tahu apa itu "bertanggungjawab"?
Dia tahu tak yang "bertanggungjawab" itu merujuk kepada perbuatan yang dia patut atau akan buat?
Atau dia ingat yang "bertanggungjawab" itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut???
Kalau dia rasa "bertanggungjawab" itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut tanpa ada usaha/tindakan apa-apa, dia patut tukar kan "bertanggungjawab" itu kepada "tahu jawab"..

---------"Ye,saya yang "tahu jawab" atas semua yang terjadi.."

Wahai manusia itu..
Andai kamu baca apa saya tulis..
Sedarlah bahawa kamu sebenarnya masih tidak tahu apa itu "bertanggungjawab"..
Selagi kamu tidak tahu apa itu erti "bertanggungjawab" dan hanya "tahu jawab", maka selamanya lah kamu akan melukai hati orang..
Saya bukan nak membangkitkan kemarahan kamu..
Tapi saya nak kamu sedar bahawa tidak ada apa yang akan selesai jika hanya mulut yang berbicara & jika hanya kamu terus berdiam diri..
Ye..orang yang kamu lukai itu juga mempunyai kesalahan dia sendiri..
Tapi dia "bertanggungjawab" atas kesalahan dia..
Dan kamu sendiri nampak apa usaha yang dia dah buat..
Itulah "bertanggungjawab"
Tapi kamu??
Tepuk dada tanya hati..pertimbangkan dengan akal yang waras..
Ingat,hati selalu akan dikuasai syaitan..
Perlu ada akal yang waras dan matang untuk membantu hati...

 
 
 


No comments: