"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Tuesday, October 14, 2014

Bila hati mula berbicara~

Inilah ujian terbesar bagi aku..
Dah tak terluah dgn kata-kata..
Dah tak terbendung dgn perasaan..
Secara fizikal dan mental,aku sudah penat..
Tapi kenapa hati masih mahu aku meneruskan..
Entahlah..aku akan mencuba semampu yg boleh..
Berusaha selagi ada daya..
Meneruskan selagi masih tidak berputus asa...

Tapi..
Bila mana satu detik nanti..
Hati aku mula penat..
Mula berputus asa..
Mula tawar..
Di kala itu..
Aku akan berhenti dari berusaha lagi..
Dan di waktu itu tiada siapa boleh membangkitkan semangat aku lagi..
Dan aku akan kekal dgn keputusan aku..

Kerana apa?
Kerana aku juga punya hati dan perasaan..
Yang tahu apa itu penat..
Yang tahu apa itu putus asa..
Cukuplah dgn apa yg aku dah lakukan..Cukuplah dgn apa yg aku dah usahakan..
Aku juga ada hati dan perasaan..
Yang perlu dihargai walau sedetik cuma..
Aku tak minta banyak,cukuplah walau sebesar kuman..

Hati ini tak pernah berasa benci..
Hati ini tak pernah berasa marah..
Malah hati ini kekal perasaannya macam dulu..

Andai kamu tahu betapa bersungguh-sungguhnya aku selama ini..
Andai kamu tahu betapa aku ikhlas melakukannya untuk kamu..
Andai kamu tahu apa yg ada dalam hati ini untuk kamu..
Dan sejujurnya aku nak kamu tahu itu semua..

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah kami untuk mengharungi ujianMu ini,
Tetapkan lah hati kami antara satu sama lain,
Kekalkan perasaan kami seperti sebelum ini,
Lembutkan hati kami dalam perkara ini,
Berikanlah kami kekuatan,keberanian,keyakinan dan petunjuk dalam mempertahankan hubungan ini..
Kami menyerahkan semuanya kepadaMu,
Semoga ada jalan yg diberikan untuk kami dariMu..
Sesungguhnya, niat kami baik dan keranaMu, Ya Allah..
Aaminn...


No comments: