"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Thursday, October 30, 2014

Cukuplah Sampai Di sini

Allahu..terlalu sakit bila tahu kebenarannya.Satu persatu muncul setelah sekian lama.Dan aku terlalu sakit hari ini dari apa yg terjadi sebelum ini.Tiada kata dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini.Apa lagi yg mahu dinafikan sedangkan semua jelas dan nyata.Aku bukan buta utk melihat apa yg aku nampak.Dan aku bukan pekak utk mendengar setiap apa yg disampaikan.Kenapa sanggup tipu aku selama ini?Patutlah kau tak berusaha apa-apa.Patutlah kau melarikan diri.Patutlah kau mendiamkan diri.Rupanya kau ada jalan pintas untk setiap masalah kau dgn aku.Tapi kau lupa,jalan pintas yg kau pilih adalah hanya untuk diri kau sendiri.Melepaskan diri kau sendiri.Kau selalu menunding jari menyalahkan aku.Ye aku terima kerana aku tahu memang salah aku.Tapi hakikatnya...kebenaran itu memang menyakitkan.Selain kekurangan aku,rupanya ada satu lagi alasan yang sangat menyakitkan.benar-benar menyakitkan.

Tidak perlu lagi aku ingatkan kau siapa aku pada kau selama ni..apa yg aku dah buat selama ini untuk kau..dimana aku berada di setiap perjalanan hidup kau selama kita bersama.tak perlu.kerana kau tetap tidak akan menghargainya seperti mana aku terlalu menghargai kau.Hari ini mungkin kau lupa tapi aku sentiasa berharap agar satu hari nanti kau akan sedar itu semua.satu persatu.Hari ini mungkin kau hanya nampak kekurangan aku.Tapi satu hari nanti aku harap kau nampak kebaikan aku terhadap kau cukuplah walau satu.Betul cakap orang,orang akan hanya nampak kekurangan kita berbanding kebaikan kita selama ini.

Kalau aku boleh terima baik buruk kau..terima seadanya kau,kenapa kau tidak?
Mungkin kau lupa,semua orang tak sempurna..
Semua orang ada baik buruknya..
Tapi pernah kau fikir..
Selama ini bagaimana aku boleh bertahan dgn setiap kekurangan kau..
Pernah?
Aku pasti kau tak pernah terfikir..
Kalau kau pernah fikir,aku pasti kekurangan aku bukan menjadi alasan kau sekarang.
Dan kenapa baru sekarang?Tidak empat tahun lepas?
Sebab hati kau mula beralih pada yang lain.

Terlalu sakit bila ditipu orang yg kita sayang
Terlalu sakit bila dikhianati
Terlalu sakit bila diperbodohkan
Terlalu sakit bila ditinggalkan macam sampah
Terlalu sakit dengan kata-kata bongkak kau
Terlalu sakit bila kau tetap menegakkan benang yg basah
Terlalu sakit bila tidak dihargai
Terlalu sakit bila sentiasa dipersalahkan
Terlalu sakit bila sendirian berusaha mempertahankan hubungan kita selama ini
Terlalu sakit dengan kepura-puraan kau..
Dan sesungguhnya atas nama Allah,terlalu sakit untuk membenci kau.Orang yg aku sayang sepenuh hati,orang yg aku bagi seratus peratus kesetiaan hanya utk kau.Itu semua sia-sia,kalau ini yg aku dapat akhirnya.

Dan hari ini..cukuplah..cukuplah aku berusaha..cukuplah aku berdoa..cukuplah aku berharap..Cukuplah aku terus disakiti dan ditipu.Cukuplah kau terus menafikan setiap kebenaran yg Allah tunjuk.Cukuplah aku menangis selama ini kerana kau..cukuplah aku menderita kerana kau.

Dan kau pernah cakap sayang sahaja tak pentingkan.Baiklah.Aku nak tengok sejauh mana kau boleh hidup dalam sebuah hubungan yg tak berteraskan kasih sayang.Mulai saat ini,aku tak akan ganggu hidup kau lagi.Aku akan buang setiap rasa sayang dan cinta dalam diri aku untuk kau seperti mana kau buang aku dalam hidup kau.Sekelip mata kau buang aku.Dan aku terima.Dan aku akan membenci kau sebanyak mana kau lukakan hati aku.

Satu hari nanti, bila kau rasa apa yg aku rasa,baru kau tahu setiap keperitan yg aku lalui selama ini.Bagaimana susah untuk aku hadapi semua ini.Hari ini mungkin mudah untuk kau berkata itu ini.Kerana tak terjadi pada diri kau.Bila kau dah rasa nanti,nescaya kau akan menyesal dgn kata-kata kau pada hari ini.

Aku maafkan kau dunia akhirat atas apa yg dah terjadi.Semoga dgn kemaafan ini,aku akan lebih tenang dan redha dgn ujian dariNya.Dan semoga dgn kemaafan ini, Allah akan terbitkan satu rasa penyesalan,kesedaran dan keinsafan yang teramat sangat dalam diri kau kerana memperlakukan aku seperti ini.Selebihnya,biarlah Allah yg balas.Aku percaya Allah saksi segalanya.

Berbahagialah kau dgn pilihan kau.Pilihan yang kau cari ketika bersama aku.
Mungkin pada kau dia lebih baik dari aku ketika itu..
Orang yang baru kau kenal berbanding empat tahun dgn aku..
Dan aku akan berubah seperti mana kau sentiasa meyalahkan aku.
Aku akan buktikan.
Itu janji aku.

 


No comments: