"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Friday, October 31, 2014

31 Oktober 2014

Malam tadi,kerap kali aku terjaga dari tidur aku dan setiap kali itu jugalah aku sentiasa berdoa agar Allah berikan kau kesedaran dan satu rasa penyesalan yg teramat sangat kerana menganiaya aku seperti ini.Dan setiap kali itu jugalah aku sentiasa berharap agar kau merasakan apa yg aku rasa pada hari ini.Aku tak berdendam dengan kau.Cuma bagi aku,bila kau dah rasa macam mana sakit dan peritnya aku selama ini,baru kau sedar apa yang kau buat adalah terlalu salah dan terlalu kejam.Dan baru kau sedar bahawa aku juga punya hati dan perasaan bukannya patung atau sampah.

Dan pagi ini,bila aku bangun dari tidur,perkara pertama yg terlintas di fikiran aku adalah penipuan yg kau lakukan.Terlalu sakit utk aku fikirkan.Tersangat-sangat sakit.Dan semakin benci aku pada kau.Termenung aku seketika.Apa salah dan dosa aku dekat kau selama ini?? Kenapa kau tiba-tiba berubah??Kau adalah sebaik-baik lelaki yg pernah berada dalam hidup aku tetapi kenapa jadi sebaliknya?

Aku berharap..
Agar satu hari nanti kau benar-benar berubah..
Tidak mengulangi apa yg kau buat terhadap aku pada orang lain..
Tahu untuk lebih menghargai sebuah perhubungan..
Tahu untuk menghargai orang yg kau sayang..
Tahu apa itu erti menerima.. 
Bertahan dgn setiap ujian,hasutan dan godaan,
Aku tak nak kau terus menyakiti orang lain,
Aku tak nak kau terus dibenci orang lain,
Cukuplah aku seorang yg terluka..
Cukuplah aku seorang yg menangis..
Cukuplah aku seorang yg sakit menghadapi semua ini..

Dan sesungguhnya aku tidak pernah menyesal kerana pernah mencintai dan menyayangi kau..
Sebab aku benar-benar ikhlas.
Dalam setiap keburukan ada kebaikan dan dalam setiap kebaikan ada keburukan..
Allahu..
Allahu..
Allahu..



No comments: