"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Sunday, November 2, 2014

Sungguh Terlalu Sakit Dan Terluka~

Sumpah aku terlalu marah,terlalu geram,terlalu sakit dan terlalu terluka dgn setiap kebenaran yg aku tahu.Apa dosa aku sehingga diperlakukan begini.Selama ini sungguh, aku terlalu banyak memberi dan kau terlalu banyak merasa.Selama ini aku terlalu setia dgn kau..terlalu mudah memaafkan setiap kesalahan kau..terlalu menyayangi dan mencintai kau..terlalu ingin buat kau bahagia..terlalu ingin buat kau sentiasa tersenyum dan ketawa..terlalu memahami kau..terlalu takut untuk melihat kau dalam kesusahan..terlalu berusaha mempertahankan hubungan kita dan benda terakhir aku buat adalah terlalu berusaha memperbaiki hubungan kita.Aku tidak pernah ada niat untuk meninggalkan kau bila kau berada dalam kesusahan.Aku tidak pernah terfikir setiap perbezaan antara kita.Aku tidak pernah ambil kisah dgn setiap kata-kata orang terhadap kau.Aku tidak pernah kisah siapa kau.Aku tidak pernah ambil hati dgn setiap kekurangan kau.Aku tidak pernah ambil hati dgn setiap kata-kata kau.Kau tahu sebab apa?
Sebab aku tahu tidak ada manusia yg Allah jadikan sempurna..
Sebab aku tahu setiap manusia boleh berubah cuma cepat atau lambat..
Sebab aku yakin bahawa setiap manusia boleh berjaya jika diberi peluang dan ada kemahuan..
Dan kau lupa..aku pernah cakap..
"Walau siapa dan dimana kau sekarang ini,aku percaya dan yakin yg kau mampu mengubah hidup kau untuk lebih berjaya"
Aku sentiasa yakin dan percaya pada kau..

Tapi hari ini aku terfikir..yg selama ni..kau tidak memberi dan aku tidak merasa.Dulu ye..memang aku tidak pernah kisah dgn semua itu sebab aku sentiasa dan cuba faham keadaan kau.Tapi hari ini,sungguh aku kecewa kerana pengakhirannya ini yg aku dapat dgn setiap apa yg aku beri.Kenapa dan kenapa dan kenapa kau jadi begini dan buat begini?

Di saat kau berjanji untuk menjaga aku..untuk setia dgn aku..menyayangi dan mencintai aku sebanyak udara dan buih di lautan..untuk menjadi imam aku..untuk membimbing aku untuk menjadi lebih baik..memberi aku pelbagai harapan dan impian..mencapai bersama-sama setiap impian itu..aku lah manusia yg sangat gembira dan bersyukur kerana Allah menghadirkan kau dalam hidup aku.Kau ingat tak macam mana susah kita mencari duit untuk mencapai impian kita?macam mana susah kau bekerja siang malam..macam mana susah aku membuat pelbagai kerja..macam mana susah kita ikat perut..macam mana susah kita menahan diri untuk membeli apa yg kita mahu..tapi..semua itu sia-sia..Semuanya musnah..semuanya hancur sebab kau tidak kuat tahan setiap ujian dan godaan yg datang.Hati kau tak kuat.Berkali-kali aku suruh kau kuat..aku suruh kau bertahan..aku suruh kau berusaha..tapi kau gagal..ternyata gagal..

Aku terlalu sakit bila kau tidak berusaha memperbaiki hubungan ini,aku terlalu sakit bila kau tinggalkan aku tanpa sebarang perbincangan,aku terlalu sakit bila kau terus mendiamkan diri dan biarkan aku terkontang-kanting menghadapi setiap masalah yg kau tinggalkan,aku terlalu sakit bila mana dalam masa yg sama kau keluar dan mencari orang lain,aku terlalu sakit bila masa aku mencari kau utk menyelesaikan masalah,kau berbahagia menyambut kelahiran dia,kau beri dia macam-macam yg aku tak pernah dapat.Siapa aku pada kau ketika itu?Selama ini aku tidak pernah minta apa-apa dari kau.Aku tidak pernah ambil hati kalau kau tak beri apa-apa di hari istimewa aku.Sebab kau tau kenapa????Sebab aku tahu keadaan kau.Aku tak nak menyusahkan dan membebankan kau.Tapi hakikatnya..kau beri itu semua pada orang lain.Kau layan orang lain lagi istimewa dari aku.Di kala aku menangis bersedih,kau dan dia ketawa bersama menyulam kasih.Kau berpaling tadah.Kau sanggup jumpa dia dahulu bila kau balik dari kerja luar,kau anggup cari rumah dia sampai dapat sedangkan kau lupa yg aku disini terlalu lama menunggu kau pulang dgn penuh rasa sayang dan rindu.Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku.Kau tahu tak betapa terlukanya aku.Kau tahu tak sakit tersangat sakit bila baca setiap apa yg dia tulis di laman sosialnya mengenai permulaan perhubungan kau dgn dia.Terlalu sakit mendengar setiap bicara yg dia beritahu aku mengenai kau dan dia.IT HURTS LIKE HELL!!!
APA YG KAU AKAN RASA KALAU AKU BUAT BENDA YG SAMA KAT KAU???
APA KAU RASA BILA AKU KELUAR DGN LELAKI LAIN??
APA KAU RASA BILA AKU LAYAN LELAKI LAIN LEBIH ISTIMEWA DARI KAU??
KALAU KAU ADA HATI DAN PERASAAN,KAU AKAN RASA SAKIT DAN TERLUKA..
KALAU KAU PATUNG DAN MANUSIA YG TIDAK PUNYA HATI DAN PERASAAN..KAU TIDAK AKAN RASA APA-APA.

Sumpah aku tidak pernah sangka kau berubah begini.Kau bukan sahaja tipu aku malah keluarga aku dan mak ayah kau sendiri.Mak ayah kau terlalu percaya yg kau tidak ada perempuan lain,tapi hakikatnya,kau telah tipu mereka.

Sejujurnya..kalau sebelum ini aku pernah cakap,aku maafkan kau tapi hakikatnya itu semua dari mulut dan jari aku yg menaip.Hakikatnya,dalam hati ini, aku masih belum dapat memaafkan kau.Apa yg terjadi sesungguhnya terlalu sakit dan terluka.Dengan apa yg dah kau lakukan dan berikan,bukan mudah untuk aku maafkan kau.Kalau dulu ye,aku mudah untuk maafkan kau.Tapi kali ini,sangat susah kerana kau tidak pernah menghargai nya selama ini.

Kenapa berubah?
Kenapa buat macam ni?
Kenapa musnahkan impian dan harapan org yg pernah kau sayang?
Apa dosa aku?
Kenapa pilih dia?
Tak ada ke kebaikan aku selama ini dekat kau sehingga kau memilih dia manusia yg baru kau kenal?
Aku terlalu benci dia..terlalu..
Dan aku juga akan membenci kau walau susah..
Sungguh bukan senang utk membenci dan membuang orang yg aku sayang sepenuh hati..
Aku bukan macam kau..tapi aku akan cuba dan aku pasti boleh..
Aku masih belum dapat memberikan kemaafan yg kau minta..biarlah ia datang dalam hati aku dgn ikhlas..mungkin satu hari nanti atau mungkin tak pernah akan ada,

Aku tak berniat untuk mengungkit atau memburukkan kau..tapi aku nak kau tahu betapa aku sangat terluka dgn apa yg dah jadi.

Ya allah..andai ini ujian kau terhadap aku,aku terima.
Sesungguhnya kau memilih aku untuk menghadapi nya kerana kau tahu aku mampu..

No comments: