"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Friday, November 28, 2014

Hadiah Untukmu..



Tiada hadiah terbaik selain doa dan alfatihah dariku untukmu..
Kerana hanya Tuhan mampu menjagamu untukku...

Thursday, November 27, 2014

Kalau sayang..

Berpegang pada prinsip ini:

Kalau dia sayang..dia akan terima kamu seadanya.Baik buruk kamu.Dia akan sentiasa beri peluang untuk kamu berubah ke arah lebih baik.Dia akan sentiasa membantu dan menasihati kamu untuk berubah tanpa mengenal erti jemu.
Kalau dia sayang..dia akan sentiasa bersama kamu susah dan senang. 
Kalau dia sayang..dia akan menghargai kamu dan setiap apa yang kamu dah lakukan.
Kalau dia sayang..dia akan terima dan hormat keluarga kamu seperti keluarganya sendiri.Dia tidak akan pernah mengungkit siapa keluarga kamu dan keburukan keluarga kamu.
Kalau dia sayang..dia tidak akan menduakan kamu walau secantik mana dan sehebat mana pun yang menghampirinya.Dia akan sedaya upaya menjaga batas pergaulannya dan hatinya hanya untuk kamu.
Kalau dia sayang..dia tidak akan pernah ingin melihat kamu menangis atas perbuatannya sendiri.
Kalau dia sayang..dia tidak akan pernah meninggalkan kamu seorang diri terkontang-kanting menghadapi segala masalah.
Kalau dia sayang..dia akan cuba memperbaiki setiap masalah di dalam hubungan kamu dan dia.Dia akan sentiasa berbincang bersama-sama kamu untuk menyelesaikan masalah hubungan kamu berdua.Bukannya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan kamu dan orang lain.
Kalau dia sayang..dia akan cuba mempertahankan hubungan kamu berdua.Bukan mendiamkan diri,melarikan diri dan menjadi lelaki pengecut.Bukan membiarkan kamu keseorangan mempertahankan hubungan ini. Dear..He will fight for it.Remember..
Kalau dia sayang..dia akan cuba pupuk semula rasa sayang dan cintanya terhadap kamu bila mana dia merasakan perasaan itu makin pudar.Bukannya mencari perempuan lain.
Kalau dia sayang..dia cuba memikirkan saat manis bersama.
Kalau dia sayang..dia cuba memikirkan setiap kebaikan kamu yang akan membuatkan dia tetap bersama kamu.Bukannya menjadikan keburukan kamu sebagai alasan untuk meninggalkan kamu.
Kalau dia sayang..dia akan rasa lebih bertanggungjawab dengan selama mana hubungan kamu dengan dia, dengan janji dan harapan yang dia berikan.Bukan hanya pada kamu tapi juga pada keluarga kamu.Kerana dia sudah pun melangkah setapak dalam keluarga kamu.
Kalau dia sayang..dia akan hormat kamu sebagai seorang perempuan.Maruah kamu.Dia tidak akan pernah buat kamu seperti sampah.Bila dia perlu,dia jaga kamu elok-elok.Bila dia rasa tidak perlu,dia buang kamu begitu sahaja.Kerana dia perlu sedar,bahawa dia juga lahir dari rahim seorang perempuan.
Kalau dia sayang..dia tidak akan melukakan kamu..
Kalau dia sayang..dia tidak akan menyakiti kamu.. 
Kalau dia sayang..dia tidak akan mahu lihat kamu kecewa..
Kalau dia sayang..dia tidak akan mentertawakan kamu di saat kamu bersedih dan terkial-kial ditinggalkan dia.
Kalau dia sayang..dia tidak akan musnahkan semua impian dan harapan yang dijanjikan bersama. 

Dan..kalau dia masih sayang..walau apa pun dah terjadi..walau apa pun dia dah buat,dia akan cuba untuk kembali kepada kamu dengan apa cara sekali pun.Dia akan betulkan balik setiap apa yang dah berlaku.Walau terpaksa berhadapan dengan apa jua rintangan.Walau dia penakut macam mana sekali pun,dia akan jadi berani berhadapan semuanya hanya untuk sayangnya itu. Remember..He will fight for you dear if he truly love you..



Jadi? Tepuk dada tanya hati dan timbangkan dengan akal. 

All of Me~

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

A good apalogy has three parts~

#sscrktkdtsdtssssss

Wednesday, November 26, 2014

Jika dia bukan takdir kita~


Jika dia bukan takdir kita, doa pada Allah supaya Dia tarik kembali perasaan suka itu. Doa pada Allah supaya perasaan suka itu Dia campakkan pada orang yang berhak untuk memilikinya..
 
“Mungkin sesuatu yg kau sukai itu buruk bagimu dan mungkin sesuatu yg kau benci itu baik bagi mu.. sesungguhnya Allah maha mengetahui” (Al-Baqarah:216)
 
 #Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.#
 
 

Moga hari ini lebih baik


Shima..
Moga hari ini lebih baik dari semalam. 
Moga hari ini lebih kuat..
Moga hari ini lebih tabah..
Moga hari ini lebih sabar..
Menempuh setiap apa yang dah terjadi dan bakal terjadi..
Ukirkan senyuman dan anggap seolah-olah tiada apa yang terjadi..
Insyaallah..semuanya akan baik..
Hari ini cuba lagi..cuba pujuk hati dan belajar untuk memaafkan..
Cuba untuk melupakan setiap perbuatan, penganiyaan dan kata-kata itu..
Cubalah shima..
Mungkin satu hari nanti kemaafan tu akan datang jua..

"Ya Allah..Berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini..Dan kabulkanlah doaku..Aaminn"
 
 



Tuesday, November 25, 2014

25 November 2014_1900

Meminta maaf itu mudah.Tapi memaafkan itu susah.Andai ianya kesalahan yg kecil,pasti kemaafan yg dihulur itu disambut ikhlas.Tapi andai kesalahan itu meninggalkan kesan yg teramat mendalam, bagaimana nak maafkan dgn seikhlas hati?
Bukan tak cuba memujuk hati ini untuk memaafkan.Setiap hari mencuba.Tapi ketika itu juga,sakitnya terasa.Ketika itu juga,titisan air mata ini jatuh.Setiap itu juga,semua benda terlintas di ingatan.Apa yg dah terjadi dan apa yg dikatakan. Saya tak sekejam itu untuk tidak memaafkan,tapi tolonglah faham apa yg saya alami.Tolonglah faham bagaimana sakitnya saya rasa.Tolonglah faham bagaimana susahnya saya nak hadapi semua ini. Tolonglah faham bagaimana susahnya saya nak melawan setiap perasaan dalam diri saya. Tell me how can I forgive you when it hurts so much?When you broke my heart into small pieces?When u betray my trust? And when everything ruined?Please tell me how?

Saya tak pernah berdendam dgn apa yg dah terjadi. Benda telah pun terjadi. Tidak ada apa yg saya dapat bila saya berdendam. Tidak ada apa yg berubah.Hati saya tetap dah hancur.Dan saya tetap terpaksa lalui semua ini seorang diri.Bangkit sendiri.Kuatkan diri sendiri.Tahu tak susah?Tahu tak penat?Tapi saya tak ada pilihan.Nak tak nak saya kena hadapi.Sebab ini hidup saya.Perjalanan hidup saya masih panjang.Saya kena bina semula impian dan harapan saya yg telah dimusnahkan.Saya kena terus melangkah ke hadapan berbekalkan kekuatan saya sendiri.Saya kena mulakan semuanya semula.Setiap kali saya cakap benda yg sama.Orang tak rasa apa yg rasa hari ini.Apa yg saya lalui hari ini.Jadi mereka boleh berkata apa sahaja.Saya tak kisah.Pedulikan apa orang nak kata.

Saya perlu pujuk diri saya untuk melupakan apa yg dah terjadi.Mungkin tidak akan pernah untuk melupakan tapi cukuplah untuk saya tidak berasa marah dan kecewa lagi dgn apa yg dah terjadi.Cukuplah untuk hati ni sembuh semula.Dan mungkin ketika itu, saya boleh memaafkan dgn seikhlas hati.Berdoalah agar Allah lembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlas hati saya.

Ambil sedikit masa dan fikirkanlah apa yg telah dilakukan dan dikatakan.Letakkan diri di tempat saya.Yang selama ini terkontang-kanting seorang diri berhadapan semua ini dari mula sehingga berakhirnya semua ini. Letakkan keluarga anda di tempat keluarga saya.Letakkan perasaan anda dan perasaan keluarga anda di perasaan saya dan keluarga saya.Selepas itu pergi depan cermin,cakap dgn diri sendiri betapa kejam dan tiada perasaannya anda sehingga bertindak begitu. Tanya diri anda, bolehkah anda di maafkan dgn semudah itu.

 

Friday, November 21, 2014

21 November 2014: Redha dan Ikhlaskan Hati.Janji Allah itu Pasti~

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi. Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita. Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
"Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Tapi hari-hari yang berlalu buat diri makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis? Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab. Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti. Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun. Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku. Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya. Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu. Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah. Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita. Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita. Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan. Walaupun segunung harapan yang dia berikan. Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri. Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh. Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya
“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

.:Credit to AkuIslam dan CikDaa:.

Kesetiaan~


Kesetiaan wanita di uji saat lelaki tidak miliki apa-apa.Kesetiaan lelaki di uji saat dia miliki segalanya~

Tuesday, November 18, 2014

Thank You Allah~


"If Allah fated my journey like this, I must accept it.Because I know,Allah knows what is the best for me.."

 

Alhamdulillah..
Makin hari makin kuat..makin tabah untuk menghadapi apa yg telah terjadi.Setiap hari belajar apa itu redha.Setiap hari aku kutip sedikit demi sedikit serpihan hati yg telah hancur.Begitulah hati aku.Aku kumpul sehingga tidak ada sedikit pun yg tertinggal.Aku cantumkan perlahan-lahan supaya ia kekal menjadi satu hati yg sempurna.Walaupun rupanya tak akan sama seperti dahulu,tapi cukuplah ia kembali menjadi satu.Satu proses yg bukan mudah.Satu proses yg terlalu melukakan dan menyedihkan.

Semoga tidak terluka lagi.Semoga tidak disakiti lagi.Dan semoga ini adalah yg terakhir.Cukuplah kali ini.Bukan mudah untuk aku bangkit dan bukan mudah untuk aku kumpulkan balik kekuatanku.Bukan mudah untuk aku sembuh sepenuhnya dari luka ini.


Hati aku lain.Bila aku mula sayangkan seseorang itu,aku akan pupuk sayang itu sampai semaksimum mungkin.Sehingga penuh satu hati.Sehingga aku tak kan nampak cacat celanya manusia itu.Dan bila ditinggalkan,hati ini ibarat kaca yang dicampakkan ke lantai.Pecah berderai sehingga menjadi serpihan-serpihan kecil.

Dan aku bukan mudah untuk mencari yang lain untuk mengubati hati aku ketika ini.Dengan kata yg lebih mudah terlibat dgn "Rebound Relationship".Aku bukan jenis yg berlumba-lumba untuk siapa dulu dapat pengganti.Aku tidak takut untuk berasa keseorangan.Aku juga bukan jenis yg senang berubah hati.Aku tidak pentingkan diri sendiri.Dan aku juga perlukan masa untuk betul-betul sembuh dari kelukaan ini.


"Heal yourself first from all your past hurts, only then can you fully give yourself to someone else and truly love again"

Mungkin ujian ini peringatan Allah ke atas setiap dosa-dosa yg pernah aku lakukan sebelum ini, sama ada yg aku sedari atau tidak sedari.Mungkin ini lah cara Allah utk menyucikan segala dosa-dosa aku.Mungkin dengan ujian ini Allah mahu aku lebih dekat denganNya dan ingat kepadaNya.Ye..Alhamdulillah..Ujian ini buat aku lebih dekat denganNya.Mungkin Allah mahu menyedarkan aku bahawa dalam hidup ini hanya dia yg SATU dan KEKAL bersamaku dalam apa keadaan sekali pun.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Andai kata satu hari nanti pintu hatiku telah terbuka untuk menerima seseorang,biarlah seseorang itu yg berani dan bertanggungjawab, yg ikhlas menerima seadanya aku dan yg sentiasa menghargai kehadiran aku disisinya.Yang tidak akan pernah meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri mahupun dgn pelbagai alasan.

"When you really love someone,even if there are millions reasons to leave, you still look for that one reason to stay.. :'(  "

Ya Allah..bila aku jatuh kerana manusia-manusia itu,Kau bangkitkanlah aku keranaMu. Kerana Kau adalah kekuatanku dan kekal bersamaku.Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapi setiap ujiaanMu ini.Ya Allah,Kau kembalikan lah semula setiap kebahagiaan aku yg telah hilang dan Kau datangkanlah sesuatu yg lebih baik untukku.Kerana hanya Kau Maha Mengetahui..Aaminn..

Monday, November 17, 2014

Forget Him~


Forget his name, forget his face
Forget the way he said he loved you
Forget the love that once came true
Remember now there's someone new,

Forget the love that you once shared
Forget the face that had once cared
Forget the time you spent together
Remember now he's gone forever,

Forget you cried the whole night through
Forget him when they play your song
Forget how close you two once were
Remember now he's chosen her,

Forget you memorized his walk
Forget the way he used to talk
Forget the times he was mad
Remember he's happy instead of sad,

Forget his teasing, gentle ways
Forget you saw him everyday
Forget he made your dreams come true
Remember now she loves him too,

Forget the thrill when he walked by
Forget him when he made you cry
Forget the way he spoke your name
Remember now he's not the same, 

Forget all those sunny days
Forget all those poems he made
Forget those times through good and bad
Remember he said he'd never make you sad,

Forget the games he played with you
Forget the times he stayed with you
Forget those cold, cold nights
Remember now he keeps her warm tonight,

Forget the way he looked at you
Forget you kissed the whole night through
Forget all you dreams came true
REMEMBER, that he doesn't love you.

I am that girl~





" She's the girl that believes that what comes around
goes around. The one that hopes for a better day. She's the girl that's unlike the rest. The one that spent her days smiling, and her nights crying. She's the girl that picks herself up every time she falls. "

Sabarlah wahai hati~

Orang yang menangis,
tidak selamanya dia menangis..
Akan ada waktu,tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia..
Sabar lah wahai hati~

#latahzan #pastipelangiakanmuncul #allahlebihtahu

Friday, November 14, 2014

#regret

I never regret my past,
I just regret the whole time I have wasted with the wrong people.
Who didn't deserve my efforts.

Thursday, November 13, 2014

Biarlah..




Biarlah Allah yg membalas semuanya..
Setiap kesedihan, setiap titisan air mata, setiap kesakitan, setiap kekecewaan dan setiap penganiayaan yg telah dilakukan.
Moga ada penyesalan, keinsafan dan kesedaran Allah terbitkan.
Moga benar-benar berubah.
Lillah hi taala..

#senyumlah #bangkitlah #berdoalah #kuatlah #pastipelangiakanmuncul

Wednesday, November 12, 2014

Bangkit dan Senyumlah..

 
Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tetarik padanya,
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula,
Andai terluka, ingatlah janjiNya.

Monday, November 10, 2014

I Will be Okay: Surah Yunus 10:107


Nobody can remove hurt except Allah,
Even if someone tries to cause you any hurt,
Stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you,

And if Allah touches you with hurt,
There is none who can remove it but Him,
And if He intends any good for you,
There is none who can keep back His favour,
He brings it to whom He pleases of His servants,
And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

-Surah Yunus 10:107




10 November 2014



Friday, November 7, 2014

Thursday, November 6, 2014

Rindunya Pada Arwah :'(

Aku rindu arwah wan aku sangat-sangat ketika ini..
I really need her right now..
Insan yg pada ketika dulu sentiasa bersama aku..
Dari sekecil-kecil bayi sehingga dewasa..
Mengajar aku erti hidup..
Menjaga aku sebaik-baiknya..
Membesarkan aku sehingga aku menjadi diri aku yg sekarang..
Walaupun garang..walaupun kuat membebel tapi itu semua menjadikan siapa aku sekarang ini..
Dialah yg sentiasa menemani aku belajar..
Dialah yg sentiasa menunggu aku balik dari sekolah untuk makan bersama-sama..
Dialah yg sentiasa menangis dan risau bila aku demam..
Dialah yg sentiasa risau bila aku balik lambat dari sekolah..
Dialah yg sentiasa menangis bila melihat setiap kejayaan aku dari tadika sehingga universiti..
Sesungguhnya..
Andai arwah wan masih hidup pada hari ini..
Pasti dia insan yg paling sedih dan kecewa dgn apa yg berlaku kpd aku,cucu kesayangan dia..
Pasti dia yg paling sedih melihat aku begini..
Pasti dia yg paling sedih melihat semuanya musnah..
Pasti dia juga menangis..
Pasti hatinya juga terluka..
Kerana apa..
Kerana seumur hidupnya,dia tidak pernah membuat aku menangis walau setitik air mata..
Dia tidak pernah buat aku kecewa seteruk ini..
Dia tidak pernah melukakan hati aku sebegini..
Jika sakitnya aku,maka sakitla dia..Jika nangisnya aku,maka nangislah dia..Jika terlukanya aku,maka terlukalah dia.

Tidak mengapalah..
Ini semua ujian dari Allah utk aku..
Inilah perjalanan hidup aku..
Aku terima..walaupun perit..walaupun susah..walaupun sakit..Aku tetap terima..
Kerana ianya tidak ada pilihan..
Aku pasti akan ada kegembiraan di sebalik setiap kesakitan dan kesedihan pada hari ini..
Kan Wan selalu cakap.."Biarlah orang buat kita seteruk mana pun,jangan sekali-kali kita membalasnya.Allah itu sentiasa ada"..

Jika suatu ketika dulu,aku pernah hilang semangat kerana perginya arwah..
Aku bangkit perlahan-perlahan..mengumpul kembali semua yg telah hilang..
Alhamdulillah..walaupun payah,aku boleh..
Kerana ketika itu aku belajar apa itu redha..
Dan hari ini,aku juga perlu belajar kembali untuk redha..
Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yg telah ditentukan Allah..Allah akan gantikan sesuatu kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka.

Ya allah rindu nya aku pada arwah tak terkata..
Akan ku titipkan doa untuk arwah..
Akan ku pulang ke kampung halaman..
Kerana di sana rindu ku terubat..
Kerana di sana semua rasa terubat..
Kerana di sana lah damainya hatiku walau seketika..



"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..-Norhashima Binti Mohd Hashim."

#kupujukhatiku #latahzan #kuatlah #Allahituada #doa

Wednesday, November 5, 2014

Ku Pujuk Hatiku :'(



Terlalu susah untuk aku pujuk hati aku sendiri..
Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya bersabar..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya redha..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya kuat..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya melupakan apa yg menyakitkan..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya memaafkan..

Aku menangis kerana terlalu sedih..terlalu terluka dan kecewa.Aku juga menangis kerana dah penat bertahan untuk kuat buat sekian lama.Hanya air mata adalah cara bagaimana mata berbicara ketika bibir tidak mampu menjelaskan apa yg aku rasa.

Ya Allah..terlalu berat ujian yg Kau berikan kepada aku..Aku tahu Kau datangkan ujian ini kepada aku kerana aku mampu menghadapinya..Ya Allah..berilah aku kekuatan..Berilah aku ketabahan..Untuk aku menghadapi semua ini..Hadirkan lah semula setiap kegembiraan aku..Hadirkan lah semula setiap semangat dan kekuatan aku..Aku tidak pernah berhenti berdoa kepadamu..Kerana aku tahu kau sentiasa mendengar..Aku tidak pernah kecewa bila doa ku masih belum dikabulkan..Kerana aku percaya..Kau masih mahu aku terus berdoa dan berdoa..Ya Allah..saatku jatuh,bangkitkanlah aku semula.Saat aku kecewa,bahagiakanlah aku semula.Saat aku terluka,ubatilah semula luka itu.Saat aku menangis,kembalikanlah semula setiap senyum dan gelak tawaku.
Ya Allah,ajarkan aku erti redha tentang segala apa yg telah ditetapkan olehMu..

Ya Allah..
Aku yakin pada kekuasaanMu..
Aku yakin pada kebesaranMu..
Aku yakin pada Kau yg satu..
Allahu..
Allahu..
Allahu..

"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzalimin" 
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah’"

Jangan Pernah



Tuesday, November 4, 2014

Terima Kasih atas apa yg kau dah lakukan..

Kenapa tak pasti dgn perasaan kau terhadap aku sebelum ini?
Kenapa hati kau mati terhadap aku?
Kenapa kau tak tenang bila bercakap soal sayang?
Kenapa kau mula tak ambil tahu pasal aku sebelum ini?
Kenapa kau tak nak langsung berjumpa aku sebelum ini?
Kenapa kau mula dingin terhadap aku sebelum ini? 
Kenapa kau suka marah aku bila aku buat sesuatu untuk kau sebelum ini?
Kenapa kau tolak aku mentah-mentah dalam hati dan hidup kau?
Nahhh..jawapannya..
Sebab kau mencari dia..
Sebab kau mengejar dia..
Sebab hati kau mula beralih pada dia..
Sebab kau ada dia..
Semuanya berlaku tepat pada waktu kehadiran dia..
Kau terlalu kejam..
Kau musnahkan semuanya..
Kau hancurkan semuanya..
Kau lelaki yg tidak bertanggungjawab..
Kau lelaki pengecut utk menghadapi setiap masalah..
Ye..memang kau tak rasa apa-apa dengan apa yg terjadi..
Memang kau tak menangis..
Memang kau tak sakit..
Memang kau lena tidur..
Memang kau kenyang makan..
Memang kau masih boleh tersenyum..
Memang kau boleh beristirehat dgn enaknya..
Nak tahu sebab apa?
Sebab kau yg buat semua ini terjadi..
Sebab kau boleh bergembira kerana ada dia..
Sebab kau lah pemusnahnya.. 
Berbahagialah kau dgn penderitaan aku..
Berbahagialah kau dgn setiap air mata aku..
Berbahagialah kau dgn dia..
Satu hari nanti kau juga akan jatuh tersungkur seperti mana aku sekarang ini..
Dan ketika itu,baru kau sedar yg kau telah menganiaya aku dan keluargaku..
Kau telah pijak-pijak maruah aku dan keluarga aku..
Terima Kasih atas apa yg kau dah lakukan..

Monday, November 3, 2014

3 November 2014: Part 2


Apa yang kau fikirkan saat kau buat semua ini?
Pernah tak fikir apa yg aku akan rasa?
Kau sedar tak yg kau terlalu banyak berubah?
Jauh dari diri kau yg sebenar?
Kau sedar tak yg kau kadang-kadang tak konsisten dgn diri kau?
Kenapa dgn kau sebenarnya?
Apa yg buat kau berubah sehingga kau terlalu kejam begini?
How can I forgive you when it hurts like hell?
Kau tau tak sakit tu apa?
Kau tau tak sakit tu macam mana?
Sakit sangat sampai dah tak ada kata-kata dapat aku ungkapkan lagi!
 

3 November 2014 :'(

Beberapa bulan lepas...
Aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan kau ketenangan hati bila kau kata pada aku yg hati kau tak tenang..
Aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan kau satu rasa kepastian dalam hati kau bila kau kata pada aku hati kau tak pasti..
Aku sentiasa berdoa agar Allah hidupkan kembali hati kau bila kau kata pada aku hati kau dah mati untuk aku..
Aku sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati kau untuk aku bila kau mula dingin..
Aku sentiasa berdoa agar Allah pelihara diri kau dari segala perbuatan jahat orang lain yg mungkin tidak suka hubungan kita..
Aku sentiasa berdoa agar Allah lembutkan hati kau untuk berusaha memperbaiki keadaan bila kau tidak berbuat apa-apa..
Aku sentiasa berdoa agar Allah buka kan jalan satu persatu..
Sentiasa..tidak kira waktu dan tidak kenal erti penat..
Sungguh aku mula nampak pertolongan dari Allah..
Satu-persatu..
Dan hari ini,berdoalah kau pada Allah agar Dia melembutkan hati aku dan membukakan hati aku untuk memaafkan setiap kesalahan kau terhadap aku..
Walaupun dgn kemaafan itu,tidak akan ada apa yg berubah seperti yg kau pernah cakap..
Sungguh..aku dah puas pujuk hati aku untuk maafkan kau..
Tapi ternyata susah..
Ingat,bukan sahaja kemaafan dari aku sahaja..tapi juga dari keluarga aku..
Yg selama ini menyayangi kau seperti keluarga sendiri..
Mungkin itu kau tidak pernah tahu..

Ya Allah,maafkan aku seandainya kali ini aku terlalu kejam..
Tapi sungguh ya Allah, ianya terlalu sakit..
Dan aku tidak boleh menipu diri aku sendiri..
Hanya Engkau yg maha mengetahui apa yg aku rasa dari dulu hingga hari ini.. :'(

Sunday, November 2, 2014

Sungguh Terlalu Sakit Dan Terluka~

Sumpah aku terlalu marah,terlalu geram,terlalu sakit dan terlalu terluka dgn setiap kebenaran yg aku tahu.Apa dosa aku sehingga diperlakukan begini.Selama ini sungguh, aku terlalu banyak memberi dan kau terlalu banyak merasa.Selama ini aku terlalu setia dgn kau..terlalu mudah memaafkan setiap kesalahan kau..terlalu menyayangi dan mencintai kau..terlalu ingin buat kau bahagia..terlalu ingin buat kau sentiasa tersenyum dan ketawa..terlalu memahami kau..terlalu takut untuk melihat kau dalam kesusahan..terlalu berusaha mempertahankan hubungan kita dan benda terakhir aku buat adalah terlalu berusaha memperbaiki hubungan kita.Aku tidak pernah ada niat untuk meninggalkan kau bila kau berada dalam kesusahan.Aku tidak pernah terfikir setiap perbezaan antara kita.Aku tidak pernah ambil kisah dgn setiap kata-kata orang terhadap kau.Aku tidak pernah kisah siapa kau.Aku tidak pernah ambil hati dgn setiap kekurangan kau.Aku tidak pernah ambil hati dgn setiap kata-kata kau.Kau tahu sebab apa?
Sebab aku tahu tidak ada manusia yg Allah jadikan sempurna..
Sebab aku tahu setiap manusia boleh berubah cuma cepat atau lambat..
Sebab aku yakin bahawa setiap manusia boleh berjaya jika diberi peluang dan ada kemahuan..
Dan kau lupa..aku pernah cakap..
"Walau siapa dan dimana kau sekarang ini,aku percaya dan yakin yg kau mampu mengubah hidup kau untuk lebih berjaya"
Aku sentiasa yakin dan percaya pada kau..

Tapi hari ini aku terfikir..yg selama ni..kau tidak memberi dan aku tidak merasa.Dulu ye..memang aku tidak pernah kisah dgn semua itu sebab aku sentiasa dan cuba faham keadaan kau.Tapi hari ini,sungguh aku kecewa kerana pengakhirannya ini yg aku dapat dgn setiap apa yg aku beri.Kenapa dan kenapa dan kenapa kau jadi begini dan buat begini?

Di saat kau berjanji untuk menjaga aku..untuk setia dgn aku..menyayangi dan mencintai aku sebanyak udara dan buih di lautan..untuk menjadi imam aku..untuk membimbing aku untuk menjadi lebih baik..memberi aku pelbagai harapan dan impian..mencapai bersama-sama setiap impian itu..aku lah manusia yg sangat gembira dan bersyukur kerana Allah menghadirkan kau dalam hidup aku.Kau ingat tak macam mana susah kita mencari duit untuk mencapai impian kita?macam mana susah kau bekerja siang malam..macam mana susah aku membuat pelbagai kerja..macam mana susah kita ikat perut..macam mana susah kita menahan diri untuk membeli apa yg kita mahu..tapi..semua itu sia-sia..Semuanya musnah..semuanya hancur sebab kau tidak kuat tahan setiap ujian dan godaan yg datang.Hati kau tak kuat.Berkali-kali aku suruh kau kuat..aku suruh kau bertahan..aku suruh kau berusaha..tapi kau gagal..ternyata gagal..

Aku terlalu sakit bila kau tidak berusaha memperbaiki hubungan ini,aku terlalu sakit bila kau tinggalkan aku tanpa sebarang perbincangan,aku terlalu sakit bila kau terus mendiamkan diri dan biarkan aku terkontang-kanting menghadapi setiap masalah yg kau tinggalkan,aku terlalu sakit bila mana dalam masa yg sama kau keluar dan mencari orang lain,aku terlalu sakit bila masa aku mencari kau utk menyelesaikan masalah,kau berbahagia menyambut kelahiran dia,kau beri dia macam-macam yg aku tak pernah dapat.Siapa aku pada kau ketika itu?Selama ini aku tidak pernah minta apa-apa dari kau.Aku tidak pernah ambil hati kalau kau tak beri apa-apa di hari istimewa aku.Sebab kau tau kenapa????Sebab aku tahu keadaan kau.Aku tak nak menyusahkan dan membebankan kau.Tapi hakikatnya..kau beri itu semua pada orang lain.Kau layan orang lain lagi istimewa dari aku.Di kala aku menangis bersedih,kau dan dia ketawa bersama menyulam kasih.Kau berpaling tadah.Kau sanggup jumpa dia dahulu bila kau balik dari kerja luar,kau anggup cari rumah dia sampai dapat sedangkan kau lupa yg aku disini terlalu lama menunggu kau pulang dgn penuh rasa sayang dan rindu.Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku.Kau tahu tak betapa terlukanya aku.Kau tahu tak sakit tersangat sakit bila baca setiap apa yg dia tulis di laman sosialnya mengenai permulaan perhubungan kau dgn dia.Terlalu sakit mendengar setiap bicara yg dia beritahu aku mengenai kau dan dia.IT HURTS LIKE HELL!!!
APA YG KAU AKAN RASA KALAU AKU BUAT BENDA YG SAMA KAT KAU???
APA KAU RASA BILA AKU KELUAR DGN LELAKI LAIN??
APA KAU RASA BILA AKU LAYAN LELAKI LAIN LEBIH ISTIMEWA DARI KAU??
KALAU KAU ADA HATI DAN PERASAAN,KAU AKAN RASA SAKIT DAN TERLUKA..
KALAU KAU PATUNG DAN MANUSIA YG TIDAK PUNYA HATI DAN PERASAAN..KAU TIDAK AKAN RASA APA-APA.

Sumpah aku tidak pernah sangka kau berubah begini.Kau bukan sahaja tipu aku malah keluarga aku dan mak ayah kau sendiri.Mak ayah kau terlalu percaya yg kau tidak ada perempuan lain,tapi hakikatnya,kau telah tipu mereka.

Sejujurnya..kalau sebelum ini aku pernah cakap,aku maafkan kau tapi hakikatnya itu semua dari mulut dan jari aku yg menaip.Hakikatnya,dalam hati ini, aku masih belum dapat memaafkan kau.Apa yg terjadi sesungguhnya terlalu sakit dan terluka.Dengan apa yg dah kau lakukan dan berikan,bukan mudah untuk aku maafkan kau.Kalau dulu ye,aku mudah untuk maafkan kau.Tapi kali ini,sangat susah kerana kau tidak pernah menghargai nya selama ini.

Kenapa berubah?
Kenapa buat macam ni?
Kenapa musnahkan impian dan harapan org yg pernah kau sayang?
Apa dosa aku?
Kenapa pilih dia?
Tak ada ke kebaikan aku selama ini dekat kau sehingga kau memilih dia manusia yg baru kau kenal?
Aku terlalu benci dia..terlalu..
Dan aku juga akan membenci kau walau susah..
Sungguh bukan senang utk membenci dan membuang orang yg aku sayang sepenuh hati..
Aku bukan macam kau..tapi aku akan cuba dan aku pasti boleh..
Aku masih belum dapat memberikan kemaafan yg kau minta..biarlah ia datang dalam hati aku dgn ikhlas..mungkin satu hari nanti atau mungkin tak pernah akan ada,

Aku tak berniat untuk mengungkit atau memburukkan kau..tapi aku nak kau tahu betapa aku sangat terluka dgn apa yg dah jadi.

Ya allah..andai ini ujian kau terhadap aku,aku terima.
Sesungguhnya kau memilih aku untuk menghadapi nya kerana kau tahu aku mampu..