Beberapa bulan lepas...
Aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan kau ketenangan hati bila kau kata pada aku yg hati kau tak tenang..
Aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan kau satu rasa kepastian dalam hati kau bila kau kata pada aku hati kau tak pasti..
Aku sentiasa berdoa agar Allah hidupkan kembali hati kau bila kau kata pada aku hati kau dah mati untuk aku..
Aku sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati kau untuk aku bila kau mula dingin..
Aku sentiasa berdoa agar Allah pelihara diri kau dari segala perbuatan jahat orang lain yg mungkin tidak suka hubungan kita..
Aku sentiasa berdoa agar Allah lembutkan hati kau untuk berusaha memperbaiki keadaan bila kau tidak berbuat apa-apa..
Aku sentiasa berdoa agar Allah buka kan jalan satu persatu..
Sentiasa..tidak kira waktu dan tidak kenal erti penat..
Sungguh aku mula nampak pertolongan dari Allah..
Satu-persatu..
Dan hari ini,berdoalah kau pada Allah agar Dia melembutkan hati aku dan membukakan hati aku untuk memaafkan setiap kesalahan kau terhadap aku..
Walaupun dgn kemaafan itu,tidak akan ada apa yg berubah seperti yg kau pernah cakap..
Sungguh..aku dah puas pujuk hati aku untuk maafkan kau..
Tapi ternyata susah..
Ingat,bukan sahaja kemaafan dari aku sahaja..tapi juga dari keluarga aku..
Yg selama ini menyayangi kau seperti keluarga sendiri..
Mungkin itu kau tidak pernah tahu..
Ya Allah,maafkan aku seandainya kali ini aku terlalu kejam..
Tapi sungguh ya Allah, ianya terlalu sakit..
Dan aku tidak boleh menipu diri aku sendiri..
Hanya Engkau yg maha mengetahui apa yg aku rasa dari dulu hingga hari ini.. :'(
Gegar vaganza musim ke 4 team aishah...
7 years ago
No comments:
Post a Comment