"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Tuesday, November 25, 2014

25 November 2014_1900

Meminta maaf itu mudah.Tapi memaafkan itu susah.Andai ianya kesalahan yg kecil,pasti kemaafan yg dihulur itu disambut ikhlas.Tapi andai kesalahan itu meninggalkan kesan yg teramat mendalam, bagaimana nak maafkan dgn seikhlas hati?
Bukan tak cuba memujuk hati ini untuk memaafkan.Setiap hari mencuba.Tapi ketika itu juga,sakitnya terasa.Ketika itu juga,titisan air mata ini jatuh.Setiap itu juga,semua benda terlintas di ingatan.Apa yg dah terjadi dan apa yg dikatakan. Saya tak sekejam itu untuk tidak memaafkan,tapi tolonglah faham apa yg saya alami.Tolonglah faham bagaimana sakitnya saya rasa.Tolonglah faham bagaimana susahnya saya nak hadapi semua ini. Tolonglah faham bagaimana susahnya saya nak melawan setiap perasaan dalam diri saya. Tell me how can I forgive you when it hurts so much?When you broke my heart into small pieces?When u betray my trust? And when everything ruined?Please tell me how?

Saya tak pernah berdendam dgn apa yg dah terjadi. Benda telah pun terjadi. Tidak ada apa yg saya dapat bila saya berdendam. Tidak ada apa yg berubah.Hati saya tetap dah hancur.Dan saya tetap terpaksa lalui semua ini seorang diri.Bangkit sendiri.Kuatkan diri sendiri.Tahu tak susah?Tahu tak penat?Tapi saya tak ada pilihan.Nak tak nak saya kena hadapi.Sebab ini hidup saya.Perjalanan hidup saya masih panjang.Saya kena bina semula impian dan harapan saya yg telah dimusnahkan.Saya kena terus melangkah ke hadapan berbekalkan kekuatan saya sendiri.Saya kena mulakan semuanya semula.Setiap kali saya cakap benda yg sama.Orang tak rasa apa yg rasa hari ini.Apa yg saya lalui hari ini.Jadi mereka boleh berkata apa sahaja.Saya tak kisah.Pedulikan apa orang nak kata.

Saya perlu pujuk diri saya untuk melupakan apa yg dah terjadi.Mungkin tidak akan pernah untuk melupakan tapi cukuplah untuk saya tidak berasa marah dan kecewa lagi dgn apa yg dah terjadi.Cukuplah untuk hati ni sembuh semula.Dan mungkin ketika itu, saya boleh memaafkan dgn seikhlas hati.Berdoalah agar Allah lembutkan hati saya untuk memaafkan seikhlas hati saya.

Ambil sedikit masa dan fikirkanlah apa yg telah dilakukan dan dikatakan.Letakkan diri di tempat saya.Yang selama ini terkontang-kanting seorang diri berhadapan semua ini dari mula sehingga berakhirnya semua ini. Letakkan keluarga anda di tempat keluarga saya.Letakkan perasaan anda dan perasaan keluarga anda di perasaan saya dan keluarga saya.Selepas itu pergi depan cermin,cakap dgn diri sendiri betapa kejam dan tiada perasaannya anda sehingga bertindak begitu. Tanya diri anda, bolehkah anda di maafkan dgn semudah itu.

 

No comments: