"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Wednesday, November 5, 2014

Ku Pujuk Hatiku :'(



Terlalu susah untuk aku pujuk hati aku sendiri..
Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya bersabar..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya redha..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya kuat..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya melupakan apa yg menyakitkan..Terlalu susah untuk memujuk hati aku supaya memaafkan..

Aku menangis kerana terlalu sedih..terlalu terluka dan kecewa.Aku juga menangis kerana dah penat bertahan untuk kuat buat sekian lama.Hanya air mata adalah cara bagaimana mata berbicara ketika bibir tidak mampu menjelaskan apa yg aku rasa.

Ya Allah..terlalu berat ujian yg Kau berikan kepada aku..Aku tahu Kau datangkan ujian ini kepada aku kerana aku mampu menghadapinya..Ya Allah..berilah aku kekuatan..Berilah aku ketabahan..Untuk aku menghadapi semua ini..Hadirkan lah semula setiap kegembiraan aku..Hadirkan lah semula setiap semangat dan kekuatan aku..Aku tidak pernah berhenti berdoa kepadamu..Kerana aku tahu kau sentiasa mendengar..Aku tidak pernah kecewa bila doa ku masih belum dikabulkan..Kerana aku percaya..Kau masih mahu aku terus berdoa dan berdoa..Ya Allah..saatku jatuh,bangkitkanlah aku semula.Saat aku kecewa,bahagiakanlah aku semula.Saat aku terluka,ubatilah semula luka itu.Saat aku menangis,kembalikanlah semula setiap senyum dan gelak tawaku.
Ya Allah,ajarkan aku erti redha tentang segala apa yg telah ditetapkan olehMu..

Ya Allah..
Aku yakin pada kekuasaanMu..
Aku yakin pada kebesaranMu..
Aku yakin pada Kau yg satu..
Allahu..
Allahu..
Allahu..

"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzalimin" 
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah’"

No comments: