Aku rindu arwah wan aku sangat-sangat ketika ini..
I really need her right now..
Insan yg pada ketika dulu sentiasa bersama aku..
Dari sekecil-kecil bayi sehingga dewasa..
Mengajar aku erti hidup..
Menjaga aku sebaik-baiknya..
Membesarkan aku sehingga aku menjadi diri aku yg sekarang..
Walaupun garang..walaupun kuat membebel tapi itu semua menjadikan siapa aku sekarang ini..
Dialah yg sentiasa menemani aku belajar..
Dialah yg sentiasa menunggu aku balik dari sekolah untuk makan bersama-sama..
Dialah yg sentiasa menangis dan risau bila aku demam..
Dialah yg sentiasa risau bila aku balik lambat dari sekolah..
Dialah yg sentiasa menangis bila melihat setiap kejayaan aku dari tadika sehingga universiti..
Sesungguhnya..
Andai arwah wan masih hidup pada hari ini..
Pasti dia insan yg paling sedih dan kecewa dgn apa yg berlaku kpd aku,cucu kesayangan dia..
Pasti dia yg paling sedih melihat aku begini..
Pasti dia yg paling sedih melihat semuanya musnah..
Pasti dia juga menangis..
Pasti hatinya juga terluka..
Kerana apa..
Kerana seumur hidupnya,dia tidak pernah membuat aku menangis walau setitik air mata..
Dia tidak pernah buat aku kecewa seteruk ini..
Dia tidak pernah melukakan hati aku sebegini..
Jika sakitnya aku,maka sakitla dia..Jika nangisnya aku,maka nangislah dia..Jika terlukanya aku,maka terlukalah dia.
Tidak mengapalah..
Ini semua ujian dari Allah utk aku..
Inilah perjalanan hidup aku..
Aku terima..walaupun perit..walaupun susah..walaupun sakit..Aku tetap terima..
Kerana ianya tidak ada pilihan..
Aku pasti akan ada kegembiraan di sebalik setiap kesakitan dan kesedihan pada hari ini..
Kan Wan selalu cakap.."Biarlah orang buat kita seteruk mana pun,jangan sekali-kali kita membalasnya.Allah itu sentiasa ada"..
Jika suatu ketika dulu,aku pernah hilang semangat kerana perginya arwah..
Aku bangkit perlahan-perlahan..mengumpul kembali semua yg telah hilang..
Alhamdulillah..walaupun payah,aku boleh..
Kerana ketika itu aku belajar apa itu redha..
Dan hari ini,aku juga perlu belajar kembali untuk redha..
Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yg telah ditentukan Allah..Allah akan gantikan sesuatu kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka.
Ya allah rindu nya aku pada arwah tak terkata..
Akan ku titipkan doa untuk arwah..
Akan ku pulang ke kampung halaman..
Kerana di sana rindu ku terubat..
Kerana di sana semua rasa terubat..
Kerana di sana lah damainya hatiku walau seketika..
"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..-Norhashima Binti Mohd Hashim."
#kupujukhatiku #latahzan #kuatlah #Allahituada #doa
Gegar vaganza musim ke 4 team aishah...
7 years ago
No comments:
Post a Comment