"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Tuesday, November 18, 2014

Thank You Allah~


"If Allah fated my journey like this, I must accept it.Because I know,Allah knows what is the best for me.."

 

Alhamdulillah..
Makin hari makin kuat..makin tabah untuk menghadapi apa yg telah terjadi.Setiap hari belajar apa itu redha.Setiap hari aku kutip sedikit demi sedikit serpihan hati yg telah hancur.Begitulah hati aku.Aku kumpul sehingga tidak ada sedikit pun yg tertinggal.Aku cantumkan perlahan-lahan supaya ia kekal menjadi satu hati yg sempurna.Walaupun rupanya tak akan sama seperti dahulu,tapi cukuplah ia kembali menjadi satu.Satu proses yg bukan mudah.Satu proses yg terlalu melukakan dan menyedihkan.

Semoga tidak terluka lagi.Semoga tidak disakiti lagi.Dan semoga ini adalah yg terakhir.Cukuplah kali ini.Bukan mudah untuk aku bangkit dan bukan mudah untuk aku kumpulkan balik kekuatanku.Bukan mudah untuk aku sembuh sepenuhnya dari luka ini.


Hati aku lain.Bila aku mula sayangkan seseorang itu,aku akan pupuk sayang itu sampai semaksimum mungkin.Sehingga penuh satu hati.Sehingga aku tak kan nampak cacat celanya manusia itu.Dan bila ditinggalkan,hati ini ibarat kaca yang dicampakkan ke lantai.Pecah berderai sehingga menjadi serpihan-serpihan kecil.

Dan aku bukan mudah untuk mencari yang lain untuk mengubati hati aku ketika ini.Dengan kata yg lebih mudah terlibat dgn "Rebound Relationship".Aku bukan jenis yg berlumba-lumba untuk siapa dulu dapat pengganti.Aku tidak takut untuk berasa keseorangan.Aku juga bukan jenis yg senang berubah hati.Aku tidak pentingkan diri sendiri.Dan aku juga perlukan masa untuk betul-betul sembuh dari kelukaan ini.


"Heal yourself first from all your past hurts, only then can you fully give yourself to someone else and truly love again"

Mungkin ujian ini peringatan Allah ke atas setiap dosa-dosa yg pernah aku lakukan sebelum ini, sama ada yg aku sedari atau tidak sedari.Mungkin ini lah cara Allah utk menyucikan segala dosa-dosa aku.Mungkin dengan ujian ini Allah mahu aku lebih dekat denganNya dan ingat kepadaNya.Ye..Alhamdulillah..Ujian ini buat aku lebih dekat denganNya.Mungkin Allah mahu menyedarkan aku bahawa dalam hidup ini hanya dia yg SATU dan KEKAL bersamaku dalam apa keadaan sekali pun.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Andai kata satu hari nanti pintu hatiku telah terbuka untuk menerima seseorang,biarlah seseorang itu yg berani dan bertanggungjawab, yg ikhlas menerima seadanya aku dan yg sentiasa menghargai kehadiran aku disisinya.Yang tidak akan pernah meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri mahupun dgn pelbagai alasan.

"When you really love someone,even if there are millions reasons to leave, you still look for that one reason to stay.. :'(  "

Ya Allah..bila aku jatuh kerana manusia-manusia itu,Kau bangkitkanlah aku keranaMu. Kerana Kau adalah kekuatanku dan kekal bersamaku.Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapi setiap ujiaanMu ini.Ya Allah,Kau kembalikan lah semula setiap kebahagiaan aku yg telah hilang dan Kau datangkanlah sesuatu yg lebih baik untukku.Kerana hanya Kau Maha Mengetahui..Aaminn..

No comments: