"Inilah perjalanan hidupku.Allah Ta'ala yg letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Terima Kasih Ya Allah kerana mengasihiku..."

..........................................................

..........................................................

Thursday, November 27, 2014

Kalau sayang..

Berpegang pada prinsip ini:

Kalau dia sayang..dia akan terima kamu seadanya.Baik buruk kamu.Dia akan sentiasa beri peluang untuk kamu berubah ke arah lebih baik.Dia akan sentiasa membantu dan menasihati kamu untuk berubah tanpa mengenal erti jemu.
Kalau dia sayang..dia akan sentiasa bersama kamu susah dan senang. 
Kalau dia sayang..dia akan menghargai kamu dan setiap apa yang kamu dah lakukan.
Kalau dia sayang..dia akan terima dan hormat keluarga kamu seperti keluarganya sendiri.Dia tidak akan pernah mengungkit siapa keluarga kamu dan keburukan keluarga kamu.
Kalau dia sayang..dia tidak akan menduakan kamu walau secantik mana dan sehebat mana pun yang menghampirinya.Dia akan sedaya upaya menjaga batas pergaulannya dan hatinya hanya untuk kamu.
Kalau dia sayang..dia tidak akan pernah ingin melihat kamu menangis atas perbuatannya sendiri.
Kalau dia sayang..dia tidak akan pernah meninggalkan kamu seorang diri terkontang-kanting menghadapi segala masalah.
Kalau dia sayang..dia akan cuba memperbaiki setiap masalah di dalam hubungan kamu dan dia.Dia akan sentiasa berbincang bersama-sama kamu untuk menyelesaikan masalah hubungan kamu berdua.Bukannya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan kamu dan orang lain.
Kalau dia sayang..dia akan cuba mempertahankan hubungan kamu berdua.Bukan mendiamkan diri,melarikan diri dan menjadi lelaki pengecut.Bukan membiarkan kamu keseorangan mempertahankan hubungan ini. Dear..He will fight for it.Remember..
Kalau dia sayang..dia akan cuba pupuk semula rasa sayang dan cintanya terhadap kamu bila mana dia merasakan perasaan itu makin pudar.Bukannya mencari perempuan lain.
Kalau dia sayang..dia cuba memikirkan saat manis bersama.
Kalau dia sayang..dia cuba memikirkan setiap kebaikan kamu yang akan membuatkan dia tetap bersama kamu.Bukannya menjadikan keburukan kamu sebagai alasan untuk meninggalkan kamu.
Kalau dia sayang..dia akan rasa lebih bertanggungjawab dengan selama mana hubungan kamu dengan dia, dengan janji dan harapan yang dia berikan.Bukan hanya pada kamu tapi juga pada keluarga kamu.Kerana dia sudah pun melangkah setapak dalam keluarga kamu.
Kalau dia sayang..dia akan hormat kamu sebagai seorang perempuan.Maruah kamu.Dia tidak akan pernah buat kamu seperti sampah.Bila dia perlu,dia jaga kamu elok-elok.Bila dia rasa tidak perlu,dia buang kamu begitu sahaja.Kerana dia perlu sedar,bahawa dia juga lahir dari rahim seorang perempuan.
Kalau dia sayang..dia tidak akan melukakan kamu..
Kalau dia sayang..dia tidak akan menyakiti kamu.. 
Kalau dia sayang..dia tidak akan mahu lihat kamu kecewa..
Kalau dia sayang..dia tidak akan mentertawakan kamu di saat kamu bersedih dan terkial-kial ditinggalkan dia.
Kalau dia sayang..dia tidak akan musnahkan semua impian dan harapan yang dijanjikan bersama. 

Dan..kalau dia masih sayang..walau apa pun dah terjadi..walau apa pun dia dah buat,dia akan cuba untuk kembali kepada kamu dengan apa cara sekali pun.Dia akan betulkan balik setiap apa yang dah berlaku.Walau terpaksa berhadapan dengan apa jua rintangan.Walau dia penakut macam mana sekali pun,dia akan jadi berani berhadapan semuanya hanya untuk sayangnya itu. Remember..He will fight for you dear if he truly love you..



Jadi? Tepuk dada tanya hati dan timbangkan dengan akal. 

No comments: